Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
^_^
Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)
Salam sejahtera buat semua rakan ku. Aku hanya ingin menulis di kala aku memerlukan medium untuk meluahkan perasaan. Aku bukan seorang yang bercita- cita untuk menjadi seorang penulis. Aku seorang manusia yang lemah. Yang sentiasa mengharap akan ada sokongan dan dorongan daripada orang lain. Aku mengaku, betapa lemahnya diri aku ini. Namun, aku menerimanya dengan sepenuh hati aku. Memang sukar untuk aku ceritakan betapa peritnya kehidupan ini. Ya, memang setiap hidupan yang ada di darat atau di lautan, pasti tidak akan terlepas daripada merasa perit dalam menempuh hari yang mendatang. Aku hanya manusia yang Allah berikan akal dan fikiran berbanding haiwan, manusia yang Allah berikan nafsu berbanding malaikat.
Aku menulis bukan untuk mengharap belas daripada kalian. Bukan juga untuk membuka pekung di dada dan mengaibkan diri, namun aku hanya ingin berkongsi cerita, pengalaman dan kenangan. Maafkan aku andai yang bakal terguris hati. Bukan niat ku untuk mengguris hati kalian. Aku hanya hambaNya yang sering lalai dan leka. Yang sering alpa dengan harta dunia. Aku insan hina. Aku malu bila berhadapan denganNya. Tetapi aku sering melakukan dosa. Aku berdosa pada diriku, pada kedua ibu bapa ku, semua yang ada di sekeliling ku. Aku tidak sempurna. Sering kali orang berkata “ setiap manusia tidak lekang dari menbuat kesilapan ” tetapi, sampai bila? Bilakah aku akan berubah. Terus berada di jalan yang lurus. Aku sering berbuat silap. Adakah keputusan ku kini benar? Aku sering memikirkannya. Aku aku layak menerima kasih dan sayangNya? Sesungguhnya Dia maha mengasihi dan mengasihani setiap hambaNya.
Aku sering berharap yang aku akan mendapat ganjaran di atas segala yang aku lakukan. Adakah aku sudah tersalah niat dan tujuan? Aku hanya mengharapkan yang terbaik! Namun, aku gagal. Aku gagal dalam segala hal. Aku gagal menjadi anak yang baik, gagal menjadi sahabat yang setia, gagal menjadi hambaNya yang di kehendaki. Aku gagal. Aku perlukan sokongan. Aku perlukan bimbingan daripada semua. Tetapi mengapa semua memandangku hanya dengan keluhan? Apakah aku tidak berdaya dengan semua itu? Walaupun mereka tidak mengungkapkannya dengan kata-kata, namun, aku mengerti semua itu. Aku faham. Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiakan kalian.
Coretan ku berakhir di sini. Izinkan aku pergi dengan tenang. Moga kalian bahagia di sisi mereka yang kalian sayang dan yang menyayangi kalian. Aku bukanlah manusia sempurna yang dapat memenuhi impian dan harapan kalian. Tetapi, mengertilah kalian bahawa rasa kasih dan sayang aku terhadap kalian sentiasa ada walaupun jauh di lubuk hati ku.
Khamis, 18 Mac 2010
0838 p.m
Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)
Aku suka sangat lagu nie...huhuhu. Meh2 la kita dgr lagu nie sambil2 nyanyi..huhuhu. Lagu dari SNSD atau Girl's Generation yg bertajuk Oh!. JOM DENGAR!!
Jeone aldeon naega anyo Brand New Sound Saerowojin naui hamgge One More Round Dance Dance Dance You'll be wrong This Time Oppa Oppa I'll Be I'll Be Down Down Down Down
Oppa na jom nwa nareul jom barabwa Jeomiya ireon nae maltu ha Meorido hago hwajangdo haettneunde We neoman neoman moreuni
Dugeun dugeun gaseumi ddeolryeowayo Jaggu jaggu sangsangman haneungeolyo Eoddeohge hana gotdae nopeun Naega mal hago shipeo
Jeone aldon naege anya Brand New Sound Saerowojin naui hamgge One More Round Dance Dance Dance You'll be wrong This Time Oppa oppa I'll Be I'll Be Down Down Down Down
Oppa jamgganman jamgganman deuleobwa Jaggu han yaegineun malgo Dongsaengeuroman saenggakhaji mala Il nyeon dwimyeon hahwi halgeol
Molla molla nae mameun jeonhyeo molla
Nunch'i eobsge jangnanman ch'ineungeolyo Eoddeohge hani Deuleobwa jom man