Saturday, February 23, 2013

Mungkinkah ini kemungkinan yang memungkinkan?

Assalamualaikum..


Bertui-tubi entri yang aku akan post kali ini. Bukan aku tiada kerja lain. Ada. Mungkin akal itu yang memberi aku ilham dan input bernas di saat ini. Mungkin.

Apa yang korang akan rasa bila korang tengah marah, naik angin dan tiba-tiba ada seseorang ni anta mesej or whatsapp or BBM dan bertanya kenapa korang naik angin dan terus minta maaf? Walhal memang salah orang tu pun. Apa yang kalian akan rasa? Tetapi ketika itu korang tak luahkan pada sesiapa pun. Orang tu pun taktahu yang korang tengah geram dengan dia. HEBAT kan seseorang tu? Macamana dia boleh tahu ?

Mungkin aku membuat satu getaran tarikan pada dia. Mungkin.. Dia memang terbaik. Mungkinkah dia HATI baru untuk aku? HEHE. Lain pulak perasaan entri kali ini. Jiwa-jiwa? Mungkin. Tiba-tiba lah playlist lagu ni keluar lagu "On The Way". Sangat menjurus ok ! Berbalik kepada topik. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu yang aku bengang dengan dia. Pelik lah. Hati aku dan dia berbeza. Akal aku dan dia berlainan. Playlist aku pun tetiba je bertukar kepada lagu "Till I Find You". Sesuatu lah playlist ni. 

Hati lama, hati baru. Jiwa dulu, jiwa kini. Mungkinkah akan ada perasaan yang sama untuk hati yang baru? Jujur aku katakan, aku tak pernah rasa macam ni. Rasa apa? Rasa seolah tiada apa-apa. Hati aku ibarat dah kering. Tiada rasa kasih. TIADA. Mungkinkah aku sudah serik dengan semua ini? 

Hati lama, "If I could See You Again", I will ask you to give it back my HEART ! 
Hati baru,  "Dream a Little Dream of ME". I will find you soon. Just wait for me !


Aku tak rasa suka bila diusik. Aku tak rasa itu benar. Sebab apa yang aku mengerti kebenaran adalah sesuatu yang pahit. Di saat aku melihat HATI baru, aku rasa banyak bayang lain yang mengganggu. Mungkin kah aku yang terlebih mentafsir. Mungkinkah ini hanya mainan emosi. Aku sedar siapa aku. Mereka juga sedar siapa aku. HATI baru itu mempunyai pilihan yang lain. Aku dapat rasa. Sering kali aku mengelak, ketika itu juga lah ia menerpa ke dalam kalbu. 

Aku mungkin keliru dengan keadaan diri. Keliru dengan perasaan sendiri. Mungkin akibat telah kehilangan HATI lama, aku jadi bungung dengan diri sendiri.. Hati lama, "Farewell". leave me please. Seringkali sahabat aku berpesan, jangan sesekali termakan dengan kata-kata manis, biarkan kalbu itu kosong tanpa hati baru. Namun, aku juga insan biasa. Yang bisa jatuh, yang bisa merintih. Maybe, I'll let the scenery begins itself. I just wait and see the changes. Maybe.

Aku bertambah keliru disaat kau HANYA marah padaku. Di saat kau beriya-iya memujuk ku ketika aku menolak dia untuk ke PB. Di saat kau beriya-iya mengikut kata ku walaupun ada silapnya. Di saat kau bersungguh-sungguh menerima pemberian aku. Disaat semua bertanya dan terus mengeluarkan soalan, kau hanya diam membisu. Di saat semua memandang kau dan aku, namun kau tetap diam. Di saat kau meluahkan semua masalah kau padaku. Di saat airmata aku mula-mula jatuh kerana kau. Semua itu. Semua. 

Apakah itu semua silap ku sendiri? Kesalahan diri yang tidak mampu melepaskan hati lama berlalu.. Aku tak pasti dan aku tak mengerti. Aku hanya mampu melihat dan menanti....

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

RGP ( Regional Growth Product * nama tipu ) PART 1

Assalamualaikum...

Kalau cikgu masuk, bangun dan bagi salam yea murid-murid. Hikhik. Minta maaf kawan-kawan. Ternyata aku tak dapat nak sahut cabaran sendiri. HUHU. Takpe. Ada je entri pasal makan-makan lepas ni. Jangan risau, pasti ada.. 

Tujuan aku menulis kali ini bukan apa. Tiba-tiba sahaja aku tergerak hati nak bercakap tentang seseorang. LELAKI? PEREMPUAN? Mungkin kedua-dua mereka. Mungkin. Apa yang boleh aku pastikan, aku bakal merindui mereka kelak. PASTI. Rindu. Tersangat RINDU. Meski sekarang aku pun dah merasakan rindu itu terhadap mereka. Oh, tetiba mata berair.. :')

Abaikan mata berair. Abaikan perasaan sedih. Apa yang perlu ingatan kepada perasaan bila pertama kali bertemu. Ingatan kepada pertama kali terjumpa dan berkenalan. Apa yang korang rasa bila orang yang korang paling tak suka masa semester pertama menjadi kawan dan merangkap sahabat pada korang di akhir nya? Is it kind of AMAZING? Terbaik kan? Alhamdulillah. Aku di pertemukan dengan mereka.

Siapa mereka? Aku tak rasa aku nak cerita tentang mereka sekarang. Bukan sekarang. Bukan. Biarkan aku bermain dengan perasaan aku ketika ini. Biarkan aku ingat kembali pertama kali aku bertemu mereka. Pelik. Ganjil. Janggal. Takut. Semua ada. Perasaan yang pelbagai. Tapi siapa sangka, ternyata ALLAH berkuasa merubah segalanya. Baiklah, biarkan aku khabarkan sahaja nama-nama mereka. Mereka ialah RGP. Yang terdiri daripada Fakhri selaku PRESIDEN. Syaza selaku AJK Tugas-tugas Khas sebab semua benda dia buat. Zura sebagai Setiausaha. Gaia, Tika (AJK Informasi dan Maklumat), Sara, Akma, Faezah, Fariha, Milah (AJK Kerohanian), Myo dan aku sendiri. Masing-masing ada tugas dan jawatan masing-masing.

Ahhh ! Cukup sampai di sini sahaja mungkin. Untuk bahagian pertama. Bahagian perkenalan dengan RGP. Akan aku sambung cerita ini. PASTI akan bersambung. Jumpa lagi di lain hari. ^____^



Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Tuesday, February 12, 2013

Hari baru. Hati Baru. EH !



Assalamualaikum.

Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka. 
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya.

Bunga rampai di racik-racik,
Makin di pandang bertambah cantik.
Bunga rampai harum baunya,
Kalau dah jodoh bertemu jua.

Bunga rampai ditabur-tabur,
Hati longlai jadi terhibur.
Bunga rampai harum berbau,
Biar lerai hati yang rindu.

Oh kawan-kawan Geng Pelangie, silaaa jangan betulkan mata anda, tak payah nak check doctor pun. Ini kisah benar, memang aku tak sabar nak tunggu saat ini. tika ini. berdebar rasa. HAH ! Dah kenapa kan? Aku dah sangat lama tak update entri kan? Bukan lupa. BUKAN. Hanya sibuk. Eceh, sibuk dengan kerja katanya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, aku masih diberi kesempatan nak update blog yang sangattt berhabuk ni. Terima kasih kepada yang sudi baca. TERIMA KASIH !! (sambil baling-baling senyuman manis. HEHE) Macam biasa, update entri ni bukan sesaja. Harus ada idea bernas baru update. Dengan SUKACITA dimaklumkan…… JENG. JENG. JENG… Aku nak buat satu SEGMEN !! HEHE. Itu je pun ha… Terbuka kepada aku sahaja. Diulangi aku SAHAJA. 

Baiklah. Baiklah. Aku perjelaskan ya. Sebenarnya aku mencabar diri sendiri untuk update entri ni selama seminggu. Seminggu je? Cukuplah. Itu pun aku takut tak terupdate. Segmen tu senang je. Ianya melibatkan resipi. MAKAN-MAKAN. Well, bab membesarkan badan aku memang JUARA !


SEGMEN SEMINGGU BERSAMA MAKANAN. Heh? Hodohkan tajuk. Aku peduli apa? PEDULI LAH! Entri akan dimulakan pada hari esok. Draf ada dah. Malas nak publish je lagi. Kikiki. Baiklah, mahu makan ! EHH. Bubye ! Au revoir ~

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)