Tuesday, February 12, 2013

Hari baru. Hati Baru. EH !



Assalamualaikum.

Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka. 
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya.

Bunga rampai di racik-racik,
Makin di pandang bertambah cantik.
Bunga rampai harum baunya,
Kalau dah jodoh bertemu jua.

Bunga rampai ditabur-tabur,
Hati longlai jadi terhibur.
Bunga rampai harum berbau,
Biar lerai hati yang rindu.

Oh kawan-kawan Geng Pelangie, silaaa jangan betulkan mata anda, tak payah nak check doctor pun. Ini kisah benar, memang aku tak sabar nak tunggu saat ini. tika ini. berdebar rasa. HAH ! Dah kenapa kan? Aku dah sangat lama tak update entri kan? Bukan lupa. BUKAN. Hanya sibuk. Eceh, sibuk dengan kerja katanya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, aku masih diberi kesempatan nak update blog yang sangattt berhabuk ni. Terima kasih kepada yang sudi baca. TERIMA KASIH !! (sambil baling-baling senyuman manis. HEHE) Macam biasa, update entri ni bukan sesaja. Harus ada idea bernas baru update. Dengan SUKACITA dimaklumkan…… JENG. JENG. JENG… Aku nak buat satu SEGMEN !! HEHE. Itu je pun ha… Terbuka kepada aku sahaja. Diulangi aku SAHAJA. 

Baiklah. Baiklah. Aku perjelaskan ya. Sebenarnya aku mencabar diri sendiri untuk update entri ni selama seminggu. Seminggu je? Cukuplah. Itu pun aku takut tak terupdate. Segmen tu senang je. Ianya melibatkan resipi. MAKAN-MAKAN. Well, bab membesarkan badan aku memang JUARA !


SEGMEN SEMINGGU BERSAMA MAKANAN. Heh? Hodohkan tajuk. Aku peduli apa? PEDULI LAH! Entri akan dimulakan pada hari esok. Draf ada dah. Malas nak publish je lagi. Kikiki. Baiklah, mahu makan ! EHH. Bubye ! Au revoir ~

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: