Saturday, February 23, 2013

RGP ( Regional Growth Product * nama tipu ) PART 1

Assalamualaikum...

Kalau cikgu masuk, bangun dan bagi salam yea murid-murid. Hikhik. Minta maaf kawan-kawan. Ternyata aku tak dapat nak sahut cabaran sendiri. HUHU. Takpe. Ada je entri pasal makan-makan lepas ni. Jangan risau, pasti ada.. 

Tujuan aku menulis kali ini bukan apa. Tiba-tiba sahaja aku tergerak hati nak bercakap tentang seseorang. LELAKI? PEREMPUAN? Mungkin kedua-dua mereka. Mungkin. Apa yang boleh aku pastikan, aku bakal merindui mereka kelak. PASTI. Rindu. Tersangat RINDU. Meski sekarang aku pun dah merasakan rindu itu terhadap mereka. Oh, tetiba mata berair.. :')

Abaikan mata berair. Abaikan perasaan sedih. Apa yang perlu ingatan kepada perasaan bila pertama kali bertemu. Ingatan kepada pertama kali terjumpa dan berkenalan. Apa yang korang rasa bila orang yang korang paling tak suka masa semester pertama menjadi kawan dan merangkap sahabat pada korang di akhir nya? Is it kind of AMAZING? Terbaik kan? Alhamdulillah. Aku di pertemukan dengan mereka.

Siapa mereka? Aku tak rasa aku nak cerita tentang mereka sekarang. Bukan sekarang. Bukan. Biarkan aku bermain dengan perasaan aku ketika ini. Biarkan aku ingat kembali pertama kali aku bertemu mereka. Pelik. Ganjil. Janggal. Takut. Semua ada. Perasaan yang pelbagai. Tapi siapa sangka, ternyata ALLAH berkuasa merubah segalanya. Baiklah, biarkan aku khabarkan sahaja nama-nama mereka. Mereka ialah RGP. Yang terdiri daripada Fakhri selaku PRESIDEN. Syaza selaku AJK Tugas-tugas Khas sebab semua benda dia buat. Zura sebagai Setiausaha. Gaia, Tika (AJK Informasi dan Maklumat), Sara, Akma, Faezah, Fariha, Milah (AJK Kerohanian), Myo dan aku sendiri. Masing-masing ada tugas dan jawatan masing-masing.

Ahhh ! Cukup sampai di sini sahaja mungkin. Untuk bahagian pertama. Bahagian perkenalan dengan RGP. Akan aku sambung cerita ini. PASTI akan bersambung. Jumpa lagi di lain hari. ^____^



Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: