Wednesday, December 15, 2010

Gila ko!


(gmbar xde kena mengena k!)

salam
aku dah start cuti sem.
yea, aku abes awal. jd cuti awal
*padahal kwn2 aku kt U len dah kebas b**N**t duk umah.
aku kisah apa?
actually aku bosan sgt lah kt umah.
adooii,,
*sbnrnya kt kmpg nie*
xde benda yg aku dpt buat.
selain online 24jam.

haisshh..
sgt penat lorh..
bosan pn ada.
nk keluar..
tp..


xde duit lah!
aigoo..
ahjumma, ahjussi!
help me!
salurkan lah wang2 kebajikan
kt sy!
huuu~
xde pe nk kongsi.
cuma saja nk menyemak kt blog sendiri.
ada sapa marah ke?
huuhuhii~
sgt rendu encik Z. ;pp
apakah?
bialah!
lalalalalal~
k daaa~
(:

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Rahsia Lelaki n Ragam. (:

Rahsia Lelaki dan Ragam

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai.
Tipulah kalau ada yang menafikannya.
Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single.
Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)!
Tersilap pilih, merana badan.
Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai...
Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya.
Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah.
Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita.
Kalau derita pun... kita yang tanggung!
Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka
:
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Awesome!

salam.

PENAT, SERONOK, AWESOME!
hahaha.
sgt suka entry kali nie.
sbb?

japII, tgu aku citer dulu.
yeah.
akhirnya 11/12 berlalu dgn kenangan yg pelbagai.
apa dia?
jap lah! ish, ta sabaII.

yea,aku turun KL.
apa ada kt KL?
mcmII.
ada rumah, pokok, jalan raya.
hee~


okII, sambung cite.
aku g i-city *xde yg special pn*
aku g PUTRAJAYA.
pn xde yg special.
aku g COSMO world kt TS.
*awesome,tp saket badan lah!*
adeh.
tp, yg paling awesome
aku lalu depan SKYPARK!
korg tau ke apa tu?
waaahhh~~
gile AWESOME!
awww.....

haha. knp aku suka lalu depan skypark?
sbb bkn mee grg dia basah ae ezzah! ;pp
sbb ada flight!
heee~ sangatII awesome flight itu.

actually,
aku rasa seronok sbb aku enjoy all the time.
aku keluar dgn kwn aku.
ktorg selalu aku harmonize lagu sblm kuar.
akan sentiasa tekanII channel radio
dan dengar lagu yg sama.
baik xhafal jadi hafal.
kalau lah hafal notes mcm hafal lagu nie!
T_T

hey calyana n ezza
SENYUM!
tak perlu kata apaII

KALAU BERPACARAN
boleh pandangII

YANG SEMPURNAKAN KU
ku akan selalu menjadi bintangmu

KEKANDA ADINDA
tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka

AWESOME! :DD



Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Tuesday, December 14, 2010

Senyum (:


salam.

ah ha.
aku kembali menceriakan hari anda!
hee~
SENYUM!
xperlu kata apaII

okie!
aku asek senyum je arinie.
semogee tiada apa yg buat aku nanges nti.
(:

sgt suka lagu ini.
*sbb ada kenangan d sebalik lagu nie*
sgt rendukan kenangan dgn lagu ini.

ok evelibodi.
SENYUM! ((:

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Saturday, December 4, 2010

Wajah Baru


basmallah.
ok, kali nie entry yg sgt simple!
*agaknya*

setelah puas memujuk kak bunga utk meng'adjust' paras rupa blog nie
tp xberhasil pn!
(adehh, =.='')
akhirnya ia tampil dgn wajah baru!

hahahhaa.
siyes aku bertungkus lumus nk wat yg paling AWESOME!
tp still hampeh,
hey kecik!
errr, ezzah.
tulun i adjust blog nie ae?
plsss2...
T_T
dah rasa sgt2 sadis blog nie.

ok la. simple je kan entry kali nie?
*yeke?*

bubye!


p/s ; maseh tak stadi lagi utk last paper! sgt awesome kan!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Friday, December 3, 2010

W i t h o u t W o r d



I should have done that
I should have ignored it
like something i couldn't see
I shouldn't have looked at you at all
I should have run away
I hould have acted like i didn't hear it
like something I couldn't hear.
I shouldn't have listened to love at all

Without a word , you let me know love
Without a word, you give me love
You made me even hold your breath but you ran away like this
Without a word, love leaves me
Without a word, love tossed me away
what should I say next?
my closed lips were surprised on their own
coming without any words

Why does it hurts so much?
Why does it hurts continuously ?
Except for the fact that i can't see you anymore
And that you are not here anymore
Otherwise, it's the same as before.

Without a word , you let me know love
Without a word, you give me love
You made me even hold of your breath but you ran away like this
Without a word, love leaves me
Without a word, love tossed me away
What should I say next?
My closed lips were surprised on their own
Without a word, tears fall
Without a word, my heart breaks down.

Without a word, i waited for love
Without a word, love hurts me
I zoned out. I become a fool because I cry looking at the sky
Without a word, firewell finds me
Without a word, the end comes to me
I think my heart was surprised to send you away without any preperations
It came without a word.

Without a word, it comes and leaves
Like the fever before
Maybe all I need to do is endure the hurt for a while
Because in the end, only scars are left.



Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Saturday, November 27, 2010

AWARD ke? Ntah. hee~



basmallah.

giler bapak lah!
aku dpt award. apakah?

salah tgk ke aku?
hahahaha.
thanx to adek kecik!

i love to pggl dia kecik.
sbb aku tau aku dah tua!
adeh,
=.=''

ok2.
aku xde nak bg sapa2 award lagi.
*mls nk menilik blog org lg*
(sbbb exam!)
haha,
xpasal salahkan exam.

dah2, aku dah tercuri masa stdy nie.
nti aku bebel lagi.
adek kecik! awk blnja i ae nti?
hee~

daaa...

^^
lub u.
<3

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Saturday, November 20, 2010

Sifat Wanita yang Lelaki suka


basmallah.
aku dapat tahu beberapa perkara yg lelaki suka.
nak tahu?

Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

p/s ; err...yeke?? ;pp

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Andainya Perempuan Tahu....


Andainya perempuan tahu.........

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif

dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak

semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.

Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan

dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak

yg

boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui

perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat

hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap

wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan

menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau

swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi

ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho

hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu

seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu

hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang

dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari

sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila

perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan

dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru

dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap

begitu begini...

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang

bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat

berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan

'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman

wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu

menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka

merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki

juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di

depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,

perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh

minat.

Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.

Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan

yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun

rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah

mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan

mempunyai kelemahan!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Siapa yang kita Cinta?


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.


p/s ; Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta. (:


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Keindahan Pelangi (:



.sy gedix bila jumpa pelangie.
^^

Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang2 kita lihat. Ia ada prosesnya tersendiri menyebabkan pelangi terjadi. Jika lihat bentuk pelangi yang melengkung di langit biru tu muncul oleh kerana pembiasan dari sinar matahari ketika hujan. Biasanya pelangi dapat dilihat di kawasan pergunungan, ketika mendung atau selepas hujan yang beru berhenti. Pelangi merupakan satu2 nya gelombang elektro magnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri daripada beberapa spektrum warna seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu yang hanya boleh dilihat dari mata kasar..Cara untuk saya mengingati susunan warna pelangi ialah melalui rangkap ayat ini "Michael Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung."hehe.

Warna merah memiliki panjang gelombang yang paling besar manakala ungu pula memiliki panjang gelombang yang paling kecil. Kalau hendak mudah, cuba amati ketika sinar matahari mengenai cermin, tepi gelas prisma atau atas permukaan buih sabun. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai warna menerusi cahaya ini. Sebenarnya pelangi terjadi ketika cahaya putih dibiaskan dan pada ketika itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis2 parallel dan tiap2 warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang.

Ketika melihat pelangi, ia sama je bila kita melihat spektrum warna. Lebih jelas lagi ialah pelangi adalah spektrum warna yang melengkung besar disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Ketika cahaya matahari memancarkan pada titisan air, ia sama seperti menembusi prisma kaca. Jadi di dalam titisan air ni kita sudah mendapatkan warna yang berbeza dari satu ke satu titisan air yang lain.



p/s ; betapa hebatnya ciptaan Allah. SUBHANALLAH! (:

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

1 Pagi..♥



xnak bebel banyak2,
cuma nak luahkan nie jewk.



AKU BENCI KAU!!!!!


tQ.

grrrr~~

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Monday, November 15, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu (:


gmbar xde kena mengena dgn post ini.
.sekian.
(:

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s ; kalau org tu xtau kita cintakan dia cmne? huuu~~ ;pp


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Sunday, November 14, 2010

Sy Tunangan org! (:




Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.



Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Tuesday, November 9, 2010

Mari Meng'Gedix'kan diri mu!


basmallah.

ohhoooiii...
bapak borink kt umah!
sgt bosan!
*patutnya stdy an!*
=.=''

oke! entry baru tentang 'caye minat DIA' telah mendapat respond dari adek kecik
from UNIMAS.
aha. adek kecik?
huuuu~~!!
sejak bile aku ada adek?
ahaa...ezzah nama dia.
asal?
dirahsiakan. ;pp


actually,
cerita bermula di sini.
ada satu coretan die tentang
haaa...ada gmbr org yg aku sayang.
org yg aku rendu!
aha...angau aku dgn dia nie.
heee..
gambar YANA lah!
salyana.

oh yana~!
siyes i rendu gler kt u,
hampir gler i dibuatnya,

sgt rendu kenangan kita mula2 kenal.
*masa kte g Muar tue dgn........*

rendu masa kte jd STALKER yusz kt KFC.

rendu waktu kte lepas geram dgn pika date dgn bf dia
*dgn aku drve laju2!*

rendu nk tgk wyg dgn ko.
*ingt masa kte berdua je kt panggung Square One tu?*

rendu nak gaduh dgn ko.
*ingt kte gaduh masa lower 6ix dulu? lama kot xbertegur!*

rendu nk kacau ko ckp bila ko tgh EXCITED!
*aaa...eerrrr...hahahha*

rendu nak ckp 'hahaha! pdn muka keta blkng xdpt potong!'
*ingt masa tiap2 hari balik skola nek keta.*

rendu nk amek ko n g pasa sama2.
*1st time kot ko ikut aku g pasa*

rendu nak minum coklat blog dgn ko,
even ko xpenah order yg coklat pn.

rendu nak ckp '3rggt cukup nie nak g bandar'
*cukup nak beli pappa roti dgn myk motor, eyhh! skrg dah BIG Apple lah!*
hahaha.

rendu nak mandi air yg berani! (air terjun)
*ko n 'kak ros' bg mkn roti kt ikan*

rendu nk dgr ko ckp 'kelapa dan orkid' bila jumpa
en.Abong.
heee~!!

Dear yana,
sbnrnya bnyak sgt yg aku rendu pasal ko.
kembali lah di cc ku,
hahahhaa
ayat xbleh balh kot.
heee.
aku pasti sekarang ko da laju menaip kan?
aku yakin ko dah jumpa kwn baru kan?
aku pasti skrg ko dah pandai berdikari kan?
aku yakin ko skrg dah makin confident kan?
aku pasti kau hepi kan kt sana?
aku yakin ko msti cukup mkn kan kt sana?

aku tahu kau boleh.
no matter what.
lupakan apa yg beloved 'cikgu' ko tu ckp pasal kita.
(ko tau kot sapa) ;pp
dia jeles tu ko kua dgn aku selalu.
yela, aku xpandai mcm anak didik dia.
err...salah topik lah.

mengenali kau adalah sesuatu yg terindah dlm hidup.
yup! ta tipu!
siyes lah! ko xnmpk ke muka aku berkerut2 neh!
*cepat bygkan!*
heee~~!!
dah2, xmo lah nanges2.
aku ta suka ko nanges, sbb aku pn rasa sakit nya.
nti kalau aku nanges, sapa nk pujuk? dah aku nanges, ko nanges.

ko kan kuat, even ko 'kecik'
ko kan berani, even ko fobia dgn knderaan bertayar dua

aku bangga ada kawan merangkap SAHABAT aku.
semoga persahabatan kita kekal sampai ke akhirnya.
ingat yana, aku akan sentiasa d cc ko xkira lah mcmne pn.
aku akan sentiasa ada masa utk ko.
kalau ko nak nanges, amik lah bahu aku,
nanges lah puas2! biar hilang semua kesedihan ko.
aku suka tgk ko senyum! *even aku lg comel* ;pp
err...sowie2, asek salah topik jewk.

aaaaahhhh..
rendu ko je sbnrnya.sbb tue bnyk sgt aku mem'babling'
pasal ko..
ok2, ezzah! jaga unni sya nie leklok!
heee~
lub u yana!
<3

p/s; rendu nk dgr ko kata 'bibir ko nie seksi lah! mungil'..hahaa ;pp

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Caye Minat kt DIA lah! (:


(saje wat gmbr DIA cmnie. ;pp)
DIA yg sye minat!
aha. ;p

Saya percaya semua orang mest ada crush kt sesorng kn??

bila kite mnat kat org tu


1) kte asyk brharap dia mncul dpan kite..kite dok bce jampi serapah mntak2 kita dapat jmpe dia.haha..


2) Pstu kalo dia lalu sbelah kte,kite mula pura2 xnmpak tapi dalam hati ‘aish…cepat la tego..ak dah jln punya slow ni’..haha..ak tau korg mmg cmni sbb ak la slh sorg tu..^.^


3) bile dia tego kite,dpan dia mke maintain je..tnye dia cm kwan bese je..pas dia pergi je..peh..kalo ad krusi dpan korg,cnfirm patah sbb korg sepak..hehe..punye la happy pdahal dia just tnye ‘watpe tu’…


4) tapi bile dia xtego kte,mula la..masuk blik mke cam mati laki..mula pkir ‘nape dia xtego ak td..nk kata xnmpak,dh lalu sbelah..ke dia tau ak ske dia,dia xnak lyan ak..ke dia…..or dia…..’.mule la korg pkir ap sebab dia xtgor korg~


5)lagi 1,kalo korg ske kat dia,mle la kwan2 korg jd mngsa..lg2 yg mne rapt ngn korg..tiap2 hari nak cte..brdarah telinga kwan2 korang tu..roommate lagi r..cm orang gila kite brcerita tp kwan2 kite baik..walaupun dah tau jlan cte tu,diorg tetap dengar..*thnx r roommateku n kwan2 yg menahan telinga*


6)bila waktu cuti sem,peh~lagi r..dah r xleh tgk mke dia..seb baik ad fb~connecting people..haha..tp ble dia on9,xtau nk tgo pe..so,korg tgk jela..ble skali dua nak tego hai boleh tahan lg..tp kalo tiap2 ari nak tego dulu,kite pun rse segan..so trpksa la tahan hati..


7) apa status dia kat fb,smua nk like..bile status dia sedih,mule kte tnye dia..tp plg sedih kalo status dia pasal orang lain..dan psal hati dia kt pmpuan lain..nk mrah xleh,nk like pon xleh..tgk je la..pstu amek bntal..tutp muke pastu jerit..


8)tp ble dia komen2 dgn kwan2 dia,n dia brsungguh kata yg dia still single,mula r..snyum xnmpk mata..even kte tau mybe dlm hati ad org..tp kte ttp wat xtau..slagi mulut dia xkate sndiri,slagi tu kita ttap anggap dia single..


9)kalo kite nmpak brang2 yg dia ske,kte pun jd ske kat barang tu..dia ske minum air oren brand X,kite pun ske..asal g koop je,nk bli air,amek ape yg dia ske..ble nk ble ice cream pon ingat dia..tp ble kite nk bli asam ttbe tringat dia bese kate ‘makan asam xelok..xyah bli’..trus xjadi nk bli..mak kte punya la payah pujuk kte jgan mkan asam,dia ckp cmtu je trus dgr~tp ble dpan dia,trus g bli asam..saje nk attntion dia..


10)last skali r..korg msti brharap 1hari korg leh confess kt dia..n dtrima..tp untuk mse skrang korg hnye tgk dia dari jauh je*yg dkat tu ok la*..macam kwan2 saya kate ‘g je la cnfess kat dia’..ape diorg ingt ak cnfess ni cm nk bli gula2..sng2 je~kena r ada azam yg kuat,mke tebal baru leh cnfess..


So, kpada ssiapa yg ad crush tu r,sye sgt pham prasaan n keadaan korang..tp yg pnting kita kne la syg lbih kt yg kat atas,THE ONLY ONE..n oso kite nyer FAMILY..


p/s; *kalo nk share,sya xkisah coz hati pmpuan smua sama..hehe*


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Sunday, November 7, 2010

Dan Bila Esok..



basmallah

kadang2 manusia banyak sgt yg nak d perkatakan
sampai tak tahu yg mana harus ddahulukan.
sama mcm aku, terlalu banyak yg aku nak kongsikan
namun,
aku sendiri tak tahu dari mana, macam mana aku nak mulakan.

di saat aku nk dekat dgn dia, knp dia makin jauh?
kenapa bila aku tersenyum dia mesti akan buat aku sedih?
dia tetap akan buat aku menangis pada akhirnya.
mana kata2 manis yg temani aku tidur selama ini?
aku hanya mengharap.
harapan yg belum pasti!
aku sedih, aku mencari mana silapnya.
tapi,
aku tak jumpa. aku tak tahu.
puas aku bertanya pada diri, apa salahnya aku?
knp semua jadi begini?

ingat lagi aku bila dia kata
''yea, sy dah muak dgn awk!''
;(
ya Allah, kuatkan lah semangat hambaMu ini.
betapa luluhnya jiwa dgr ayat tue.
adakah ini petunjuk dari Mu?
aku perlukan kepastian.

masihkah ada ruang utk aku di hati dia?
masihkah ada cinta utkku?
sesungguhnya aku tahu
mencintai bukan bererti memiliki,
tapi biarkan rasa ini kekal utk selamanya.
mengenalinya suatu perkara yg terindah yg pernah terjadi dlm diri aku.

adakah bahagia menjadi pengakhiran cerita ini?
atau mungkin sebaliknya?
==========================

sy sedih tp
sy akan berusaha utk kekalkan
apa yg kita ada sekarang.
terima kasih
kerana
membenarkan perasaan ini
wujud dalam hati.
T_T

*terima kasih awk!*

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Saturday, November 6, 2010

^_^


basmallah




Sebaik-baik suami yang lemah-lembut terhadap isterinya.

Sebaik-baik suami pemimpin dan pelindung isterinya.

Sebaik-baik suami yang mencintai Allah dan RasulNya.

Sebaik-baik isteri adalah apabila dipandangan membawa ketenangan
- Riwayah Muslim.

Sebaik-baik isteri menjadi penguat perjuangan pembakar cinta kepada Allah.

Sebaik-baik isteri yang tidak melalaikan suami di jalanNya.





*semogee sye dpt suami n menjdi isteri yg begini* :)

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Friday, November 5, 2010

final oh final.





basmallah.

hari nie hari jumaat.
eyh, yeke? rasa mcm hari sabtu jewk.
(aku kt kedah cuti jumaat n sabtu)
so, no wonder lah!
bukan wondergirl k.

yeah.
spt 'title' yg ada kt ats nie.
FINAL?
aha.
mcm malas plak nk citer.
oh! gedix lah.
aku student Universiti Utara Malaysia.

grrr..da fhm kan?
UUM telah mem'postponed' final.
disebabkan banjir teruk d jitra n changlun.
huh...sgt bahagia aku mendengar perkara itu!
adeh, =.=''
CEH, aku da plan baek punya jd cmnie plak.
plan apa? Plan xbwk buku lah! stdy kt uum je nti kalau balik dri stdy week.
huh.
skrg da kena, aku cuti lama2 tp ta bwk buku!
nk kata budak pandai x jugak!
adooiii..
ok2, berharap dpt kembali ke UUM (amek buku)
then, kembali ke rumah dgn aman...
hehehhe~~!!
*tawa dlm tangisan*

sobss...
T_T


+abes cite+

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Monday, November 1, 2010

terlalu cinta


Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Aku terlalu cinta dia…
T_T

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Wednesday, October 27, 2010

Amira Abd Molok.♥♥



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Disaat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku.


Basmallah.

Akhirnya aku kembali menulis. aku perlu kembali dan harus kembali menulis.
bukan tujuan utk mengutu atau mengata namun, hanya meluahkan perkara yang perlu aku luahkan.
hidupku ku kini sudah berubah. aku harus menjadi seorang yang berdiri di kaki sendiri. semua di tangan aku. aku perlu melakukan semuanya sendiri.
Agak sukar utk ku melatih diri. tp nak buat cmne.dah kena kot.. ^^

IT'S THE TIME TO DISCO!!!
yeahhh..hehehhe. aku g disko?
oh tidakkk...currently addicted to this song.
a song from KAL HO NA HO..sgt seronok! release tension lah kunun..
heh, hampeh! aku sebenarnya nak luahkan sesuatu. td mcm nk tulis terus, tapi terlalu serius lah.
aku xpandai nak serius2! sbb hidup aku berprinsip SMILE ALWAYS NO MATTER WHAT.
heee...broken english di sana.
haaaahahaa.

=========================

*kembali serius! (cpt bygkn muka aku berkerut2!) haha*

tak kenal maka xcinta kan?
masalahnya aku dah kenal, tp cinta pun! hehehe.
oh lelaki.. knp hanya kau yg ada di pandangan aku.
hahaha. jiwang lah!
tp dia dah awek lah. wiwiwiwiwiw...
broken heart plak lah~
sedih kot bila ingt ayat kak kim
''nie awek dia, tau kan?''.... ;((
oh kak kim...ayat yg buat sy xbleh tdo mlm!
hahahahaha..perlu ke aku xtdo hnya sbb dia? oh tidakk..~~!!

setelah dibasuh oleh washing machine AMIRA ABD MOLOK
sye kembali sedar! aha. aku perlu bangkit! yeaahhh..
aku perlu berjaya~~! eyh, salah lah.
mira suh aku kembali kepada CAHAYA PELANGIE yg dulu
yg suka huha2! suka ketawa kuat2! suka wat org senyum dgn lawak nakal dia!
waaahhh..mira pakai sabun apa ek? DAIA ke?
sy dah kembali seperti dulu..

yea! ta tipu! ^^
cahaya dah bangkit menyinari hari semua!
pastinya!
yesss....rasa lega bila dapat luahkan kat sini...xde sapa nk marah, kecik hati, kecewa
frust..kan..kan..kan???
dah2, nak layan hindustan plak! huuu...

ehem2! sy dah ada lah!*
so, no more kisah budak hitam dlm hidup!
aha. ;pp


♥♥

p/s ; terima kasih buat 'hantu' yg terbang siang..heee

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)