Saturday, November 20, 2010

Andainya Perempuan Tahu....


Andainya perempuan tahu.........

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif

dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak

semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.

Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan

dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak

yg

boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui

perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat

hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap

wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan

menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau

swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi

ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho

hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu

seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu

hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang

dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari

sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila

perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan

dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru

dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap

begitu begini...

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang

bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat

berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan

'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman

wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu

menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka

merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki

juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di

depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,

perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh

minat.

Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.

Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan

yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun

rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah

mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan

mempunyai kelemahan!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: