Saturday, November 1, 2014

JDT vs PTD


JDT vs PTD. Kau rasa??

Baiklah baiklah.. Aku mulakan cerita dengan khabar gembira dahulu. Ya, aku dapat panggilan untuk menjalani satu peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) pada 1 Nov 2014 (hari ni) bermula pada jam 8 hingga jam 10 malam. 

Dan pada masa yang sama juga perlawanan bola sepak antara JDT vs Pahang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Aku idok ler pegi ke sana. Kalau dapat tiket free pun dok ke sana. HEHE. Apa yang menganggu gugat aku adalah, aku tak dapat tengok bola dan stress bila ayah aku tengok bola,

Haaa, dah kenapa kan? 

Ayah aku ni satu pesen dia kalau tengok bola macam orang kat rumah ni pekak. Dia punya menjerit kemain,. Dah aku tak berapa nak fokus nak jawab exam. Aiceh.. Lagi satu 'peel' ayah ni jenis yang nak marah marah sumpah seranah player main lembab lah apa lah. Baik baik aku nak fokus terus tak jadi.. (padahal niat tu pun bukan nak fokus pun.ekekek)

PTD ni pulop soalan ntah pape. Aku stress betei nengok. Konon ada pasal GST lah. Apa lah. Sudahnya ntah yang pape keluar. Lagii aku stress (ditambah dengan ayah jerit jerit. :p) Bab menjawab soalan ni aku pun tak pasti apa relevannya. Rasa dedulu idok la ada kan? Kan?

Dulu penah juga lah aku dapat tawaran ke SPA ni. Aku tolak sebab aku taknak jadi nurse (arwah nenek tak bagi) sampai sekarang baru ni lah aku dapat email dari SPA. Nampak tak betapa makan hatinya aku dengan SPA. EH. tetiba, 

Okay. Okay. Cerita tutup. Malas nak cakap bebanyak pasal menatang dua neh. Haihh. Semoga berjaya guys ! Ada rezeki ada lah yea. Takde rezeki jumpa lagi hari lain. 




Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Saturday, October 25, 2014

Tenang. Mungkin

Ketika diriku seolah tiada bermaya.
Terasa sang bayu, menegur anganku.
Masih ada lagi si dia yang pasti.
Dapat menawarkan bahagia.

Segala harapan ternyata bukan khayalan
Kau hadir depan ku,
Menghulur tangan mu..
Hadirlah kekasih.
hadirlah ke dasar hati ini.
Kerna kasih, bersamamu
naluri ku rasa bahagia...

Assalamualaikum.

Di harap semua tidak membetulkan mata, siaran, pandangan pertama. JANGAN. Ini semua bukan perkara suka-suka. Ini realiti ! Ini SERIUS ! Aku dah kembali untuk mencoretkan apa yang tersirat dan tersurat. Kerinduan yang tiada tempat untuk diluah. Kesakitan yang tidak terperi. Mungkin hanya aku dan aku yang tahu. Apa yang dinamakan RINDU itu. SAKIT itu.

Kenapa aku mesti sukakan dia? Kenapa mesti dia yang aku sayang? Kenapa? Katakan kenapa?

Mungkin agak keterlaluan entri kali ini. Aku mulakan dengan keadaan yang tergesa-gesa. Aku mulakan dengan aku berterus terang. Aku perlu. Aku perlu katakan dengan terus. Hati aku dah tak tertanggung lagi. Aku mengaku. Aku sayang dia. Aku CINTA dia. Akhirnya, aku mengaku pada diri ini. Aku mengaku ! MENGAKU ! Tetapi, kenapa mesti dia?

Sayang, kau bermain dengan silang kata. Hingga aku benar-benar telah jatuh cinta. Sayang, sesungguhnya aku tidak menduga. Hatiku dah tertawan..

Ahh. Aku dah gila.

Maaf. Entri ini hanya entri yang merapu.






Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Sunday, February 16, 2014

29 Januari 2014

Assalamualaikum..

Lagu untuk menukil ayat telah dipasang, mood untuk menukil juga sedang diambil. Allahuakbar ! rasa luluh hati mendengar bait lirik lagu ini. Lagu ini hanya biasa-biasa tika tiada rasa. Namun, bila sedang mengalami kejatuhan, aku pasti sesiapa jua akan terasa luluh pabila mendengar bait lagu ini. Lagu ini nyanyian Alda Rizma yang bertajuk Aku Tak Biasa.
Aku tak biasa, bila tiada kau disisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa bila ku tidur tanpa belaian mu

Dan hari ini, akan aku luahkan segalanya. Semuanya mengenai dia dan aku. Kesayangan yang sering aku rindu. Sebahagian dari diriku.

Aku ingin hidup bahagia, seperti yang lainnya. Namun apa dayaku, impian tinggal kenangan. Aku ditinggal sewaktu aku betul-betul butuhkan seseorang disisi. Ketika itu hanya ALLAH yang tahu apa rasa aku. Menangis dah ibarat menjadi rutin harian aku sebelum tidur. Hanya kerana cinta, aku melangkah jauh. Sanggup menyepi, mencari ilhamku. Aku berdiam diri. Aku mematikan hati. Aku berjanji tiada apa yang lebih dari itu. 5 tahun aku semai benih, namun tiada hasil. Aku pasrah. Aku redha. Semua ini telah diputuskan. Tiada yang boleh aku lakukan. DIA maha berkuasa dan DIA juga maha mengetahui. Sesungguhnya dia yang telah menyusun jalan hidup aku.

No, I don’t want to let go
I just wanna let you to know
That I never wanna let go

Ketika diriku seolah tiada bermaya, terasa sang bayu menegur pasrahku. Masih ada lagi si dia yang pasti dapat menawarkan bahagia. Segala harapan ternyata bukan khayalan, kau hadir depanku menghulur tanganmu. Aku bukan lemah tanpa cinta, hanya tidak mampu sendiri tanpanya. Biarkan aku menangis kerna derita. Dia hadir mengubatkan rindu, mengajarkan aku erti cinta.

Sungguh, dia yang bersama aku ketika aku menangis kehilangan. Sungguh, dia yang bersama aku ketika aku bergolak dengan diri. Sungguh, dia yang memberi aku semangat ketika aku jatuh. Sungguh, hanya dia bersama aku ketika aku susah dan senang. Dia. Hanya dia. Seolah dia berada dekat dengan aku, sedangkan dia jauh beratus killometer dariku.

Siapa sangka aku mula sayangkan dia. Tiada siapa yang menjangka rasa itu wujud sikit demi sikit. Jujur aku katakan, aku menidakkan segala rasa dengan mencari seseorang. Hah, aku juga menjadi gila bila aku mula panggil dia dengan kata-kata mesra. Kami menjadi semakin akrab, semakin rapat ketika aku menjalani latihan industri di Melaka. Ya ! Itu yang dia katakan. Tapi aku juga merasa yang sama sebenarnya.

Kehadiranmu basuh jiwaku
Kau sulurkan api cinta diriku.
Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa, tak mampu ku menghindar

Aku tak percaya kau ada disini, menemani ku disaat dia pergi. Sungguh bahagia kau ada disini, menghapus semua sakit yang ku rasa. Ku suka dirimu, mungkin aku sayang. Namun apakah mungkin kau menjadi milikku? Kau pernah menjadi miliknya, namun salahkah aku bila ku pendam rasa ini? Tentu saja kita pernah mengalami perbezaan. Tapi aku merasa jatuh terlalu dalam cintamu. Ku tak akan berubah, ku tak ingin kau pergi, selamanya.

Siapa yang mahu perpisahan bila kebahagiaan yang dicanang setiap saat? So hard to see myself without you. Ini yang aku rasa. Biarkan aku berundur jika itu yang telah tertulis. Jalanku tak panjang bersama dirimu. Jadikan dia terbaik, kerana itu yang telah kau pilih. Biarkan diriku membawa semua luka.  

Kesepian berlalu. Maafkan aku. 
Sampai disini ku lepas kau pergi, biar ku damai bersemadi.

Lukamu ku mengerti, kan ku hilangkan derita ini.



Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

...

Assalamualaikum..

Telinga sedang asyik mendengar bait-bait lirik dari lagu Musim Asmara dari Soo Winci.

Semakin lama ku kenali dirimu,
Kau semakin dekat di sisiku,
Saban hari inginku bersamamu…


Ternyata bait lirik ini penuh makna. Terlalu berarti dalam hidup aku. Terlalu sama dengan cerita hatiku. Oh! Berkata tentang hati. Sudah lama aku tak luahkan apa yang terbuku di hati. Hati ini kembali mati, mungkin. Terlalu lama di buka. Terlalu lama dibiar begitu sahaja. Semakin hari semakin sakit aku rasa. Semakin hari semakin parah ia terluka. Kini aku hanya boleh berdiam diri, menanti janji yang pasti dari yang Esa.

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)