Assalamualaikum..
Lagu untuk menukil ayat telah dipasang, mood untuk menukil
juga sedang diambil. Allahuakbar ! rasa luluh hati mendengar bait lirik lagu
ini. Lagu ini hanya biasa-biasa tika tiada rasa. Namun, bila sedang mengalami
kejatuhan, aku pasti sesiapa jua akan terasa luluh pabila mendengar bait lagu
ini. Lagu ini nyanyian Alda Rizma yang bertajuk Aku Tak Biasa.
Aku tak biasa, bila tiada kau disisikuAku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramuAku tak biasa bila tak memeluk dirimuAku tak biasa bila ku tidur tanpa belaian mu
Dan hari ini, akan aku luahkan segalanya.
Semuanya mengenai dia dan aku. Kesayangan yang sering aku rindu. Sebahagian
dari diriku.
Aku ingin hidup bahagia, seperti yang lainnya. Namun apa
dayaku, impian tinggal kenangan. Aku ditinggal sewaktu aku betul-betul butuhkan
seseorang disisi. Ketika itu hanya ALLAH yang tahu apa rasa aku. Menangis dah
ibarat menjadi rutin harian aku sebelum tidur. Hanya kerana cinta, aku
melangkah jauh. Sanggup menyepi, mencari ilhamku. Aku berdiam diri. Aku
mematikan hati. Aku berjanji tiada apa yang lebih dari itu. 5 tahun aku semai
benih, namun tiada hasil. Aku pasrah. Aku redha. Semua ini telah diputuskan.
Tiada yang boleh aku lakukan. DIA maha berkuasa dan DIA juga maha mengetahui.
Sesungguhnya dia yang telah menyusun jalan hidup aku.
No, I don’t want to let goI just wanna let you to knowThat I never wanna let go
Ketika diriku seolah tiada bermaya, terasa sang bayu menegur
pasrahku. Masih ada lagi si dia yang pasti dapat menawarkan bahagia. Segala
harapan ternyata bukan khayalan, kau hadir depanku menghulur tanganmu. Aku
bukan lemah tanpa cinta, hanya tidak mampu sendiri tanpanya. Biarkan aku
menangis kerna derita. Dia hadir mengubatkan rindu, mengajarkan aku erti cinta.
Sungguh, dia yang bersama aku ketika aku menangis
kehilangan. Sungguh, dia yang bersama aku ketika aku bergolak dengan diri.
Sungguh, dia yang memberi aku semangat ketika aku jatuh. Sungguh, hanya dia
bersama aku ketika aku susah dan senang. Dia. Hanya dia. Seolah dia berada
dekat dengan aku, sedangkan dia jauh beratus killometer dariku.
Siapa sangka aku mula sayangkan dia. Tiada siapa yang
menjangka rasa itu wujud sikit demi sikit. Jujur aku katakan, aku menidakkan
segala rasa dengan mencari seseorang. Hah, aku juga menjadi gila bila aku mula
panggil dia dengan kata-kata mesra. Kami menjadi semakin akrab, semakin rapat
ketika aku menjalani latihan industri di Melaka. Ya ! Itu yang dia katakan.
Tapi aku juga merasa yang sama sebenarnya.
Kehadiranmu basuh jiwakuKau sulurkan api cinta diriku.Kerinduan tak akan menghilangKan selalu ku rasa, tak mampu ku menghindar
Aku tak percaya kau ada disini, menemani ku disaat dia
pergi. Sungguh bahagia kau ada disini, menghapus semua sakit yang ku rasa. Ku
suka dirimu, mungkin aku sayang. Namun apakah mungkin kau menjadi milikku? Kau
pernah menjadi miliknya, namun salahkah aku bila ku pendam rasa ini? Tentu saja
kita pernah mengalami perbezaan. Tapi aku merasa jatuh terlalu dalam cintamu.
Ku tak akan berubah, ku tak ingin kau pergi, selamanya.
Siapa yang mahu perpisahan bila kebahagiaan yang dicanang
setiap saat? So hard to see myself without you. Ini yang aku rasa. Biarkan aku
berundur jika itu yang telah tertulis. Jalanku tak panjang bersama dirimu.
Jadikan dia terbaik, kerana itu yang telah kau pilih. Biarkan diriku membawa
semua luka.
Kesepian berlalu. Maafkan
aku.
Sampai disini ku lepas kau pergi, biar ku damai bersemadi.
Lukamu ku mengerti,
kan ku hilangkan derita ini.



No comments:
Post a Comment