Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua. Aku masih di sini dengan diri yang sama. Pemikiran yang sama. Keadaan yang sama. Jiwa yang sama. Tiada apa yang berbeza. Tiada. Aku masih bersama harapan yang sama. Aku juga masih berada di kawasan yang sama.
Kembali patah. Patah kembali. Memang perihal yang sama. Sangat sama. Apa yang beza? Tiada. Tetap bersama kesakitan yang lama. Meski aku mencuba dengan hati yang baru, tapi sayang.. Ternyata aku masih kekal dengan yang lama. Aku cuba ! Aku cuba !
Ku tak tau
Harus bagaimana untuk
Raba mimpi atau
Nyata dan bedakan
Rasa dan suasana
Dalam rangka
Sayang atau cinta
Yang sebenarnya....
Harus bagaimana untuk
Raba mimpi atau
Nyata dan bedakan
Rasa dan suasana
Dalam rangka
Sayang atau cinta
Yang sebenarnya....
Aku tak tahu. Aku tak pasti. Apakah rasa aku yang sebenarnya? Suka? Sayang? Aku sendiri celaru. Aku sendiri keliru. Aku tak akan pergi meninggalkan kau sendiri. Itu yang pasti. Tapi adakah kau akan melakukan perkara yang sama? Mungkin kau akan berfikir yang lain..Aku sangat rindu, Aku kecewa dengan perbuatan aku sendiri. Aku takut kalau aku membenarkan diri dibuai mimpi, aku akan sakit kembali. Biarkan perjalanan sunyi ini aku tempuh sendiri. Seorang sahabat aku berpesan, "Jangan terlalu fikir akan hal ini, nanti kelak kau akan sakit kembali". Ya ! Itu yang aku tahu, Tapi, ini melibatkan hati..
Aku terlalu sayang dia? Ahh. Mungkin. Mungkin.Satu detik lalu, dua hati terbang tinggi untuk melihat indahnya dunia. Tapi atau aku yang tak boleh bezakan perasaan kasih dari seorang kawan atau sebaliknya? Oh. Aku bingung. Aku berharap semua ini mimpi. Agar aku bisa melupakan perkara ini.
Bila berkata tentang mimpi, aku kerap
bermimpi tentang kau. Walaupun baru 3 kali, tapi semua tu membawa maksud
tersendiri. Siapa kau sebenarnya? Apa yang kau nak sebenarnya? Kenapa aku
bermimpi dengan perkara yang selari dengan yang kau buat. Seolah mimpi itu
adalah petunjuk kepada apa yang akan jadi. Adakah ianya memang satu petunjuk
yang aku sendiri tidak sedar? Aku pernah bermimpi dia menghantar sesuatu di
dinding aku, dan itu berlaku. Aku pernah bermimpi keluarga aku bertanya tentang
kau dan mimpi aku diganggu oleh panggilan kau.
Ohh Tuhan. Aku tidak mahu sewenangya meletakkan
harapan palsu. Aku serik untuk merasa sakit lagi. Aku serik. Aku tak sanggup. Aku
selalu menidakkan perkara ini. meski ramai yang kata dia memang untuk aku. Tidak
! tidak ! Meski jauh disudut hati aku suka kau. Sangat suka ! Terlalu suka. Aku
bersyukur kau masih di depan aku. Aku tak nak kehilangan kau. Aku keliru….
Kembali Patah.







