Ya! Aku rindu pada wajah itu. Senyuman itu. Pandangan itu. Segalanya yang ada pada dirinya. Masih terasa luka ini walaupun sudah bertahun kisah ini terkubur. Ibaratnya baru semalam aku melihatnya. Ibaratnya aku baru sahaja mendakap kasih itu. Ibaratnya aku baru sahaja menikmati kehangatan cinta itu. Betapa aku rindukannya. Tersangat rindu. Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku sering memikirkannya. Entah apa yang merasukku. Aku buntu. Acapkali aku berdoa agar ditemukan dengannya. Cukuplah hanya sekadar sesaat! Cukuplah hanya sekadar bertanya khabar. Namun, aku buntu. Di mana aku harus mencarinya? Di mana aku harus mulakan?
Seolah aku masih lagi mendengar kata-katanya. Setiap butir bicaranya yang diberi. Aku sesungguhnya merinduinya. Mungkin apa yang dikatakan cinta pertama sukar dilupakan ada benarnya. Tapi sudah 6 tahun cinta itu terkubur. Mana mungkin yang pergi akan kembali. Selalu sahaja aku bermonolog. Selalu sahaja akal dan hati bertelagah sesama sendiri. Selalu sahaja akal memarahi hati atas kekhilafan diri. Namun, mana mungkin akal dapat mengubat hati yang sakit. Mana mungkin rindu yang dipendam dapat hilang begitu sahaja. Mungkin akal juga salah, kerana membenarkan hati itu terusik dengan cinta. Kesalahan akal yang hanya membiarkan hati terbuai dengan kehangatan kasih sayang. Mungkin akal juga bersalah kerana terlalu yakin dengan keputusan hati. Namun, akal hanya memainkan peranan seperti yang dirasai oleh hati. Dimanakah kesalahan akal jika dibandingkan dengan kesilapan hati? Begitulah hati dan akal. Selalu sahaja mencari kesalahan masing-masing.
Adakah semua ini berpunca dari hati? Adakah berpunca dari akal? Aku masih buntu. Kenangan lalu mengusik kembali fikiran. Aku hanya mampu membiarkan ia berlegar di ruang fikiran. Mata ini seolah masih terbayang lagi kelibatnya berada di depan rumah. Berada di depan mata. Tersenyum bahagia. Aku juga sering berdoa agar dibenarkan untuk melihat wajahnya. Meski hanya sekejap. Demi menjadi penawar. Aku yakinkan diri, aku akan bertemu dengannya. Mungkin masa yang membezakan. Namun, jiwaku resah apakah kesudahannya, kecewa ataupun bahagia?
Mengapa semua kenangan ini menerpaku? Sedangkan aku sudah mempunyai Hati Yang Lain. Kenapa hatinya masih padaku? Salahkah aku. Sudah 3 tahun aku bertemu dengan hati baru. Namun semua ini terasa begitu baru. Mungkin baru kini aku bisa berfikir secara matang. Kini, mungkin akal sudah bersedia bersama Hati Yang Lain. Kesakitan akal bersama hati yang lama harus dilupakan. Kehidupan baru bersama Hati Yang Lain perlu dimulakan. Agar keperitan itu tidak berlanjutan.
Buat Hati Yang Lain,
Semoga sentiasa tabah dengan dugaan yang datang.
Semoga sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku.
Supaya kesilapan lama tidak berulang.
Hargailah apa yang ada didepan mata.
Akal,
Terima kasih kerana membenarkan hati sekali lagi dimiliki.
Semoga sentiasa bersama seiring membantu hati dalam apa jua keadaan.
Agar akal terus memberi faedah yang baik kepada hati.
Insya Allah.



2 comments:
:)
may Allah bless u always dear.
insya Allah....thanks~ (:
Post a Comment