
Day 26 : 15 fakta tentang diri anda.
Pembuka bicara sudah diberi,
Kini masa perkenalkan diri,
Nama famous Cahaya Pelangie,
Nak tahu lebih baca entri ni.
Ehem, dah macam nak bertunang je kan. Berpantun bagai.
Aku juara pantun je masa kat sekolah dulu.
Macam-macam jadi johan!
Sampai badan pun mengembang bagai johan.
Sambungan 30 Days Challenge.
Tak habis-habis lagi ke? Sabar sayang-sayang semua.
Meh aku mulakan bebelan aku.
#1 Kuat Berangan
Aku memang kuat berangan. Selalu bayangkan aku kurus, dapat suami macam
Fahrin Ahmad. Ada duit berjuta-juta, hidup senang lenang.
Haruslah semua ibarat dunia fantasi kan. Tapi tak susah nak SENANG kan?
#2 Tabiat Makan yang buruk
Bukan makan gelojoh taw! Aku cuma jenis seorang yang akan bau sesuatu
makanan atau lauk sebelum aku makan. Terutama bila makan kat luar.
Kat kedai-kedai. Kat rumah orang pun. Huh! Kalau mak mertua aku tahu
mahu dia ingat aku memilih. Tapi kat rumah tak pulak. Sebab aku yang masak kan.
Haruslah bersih saja! Ewaaahhh..
#3 Suka Membaca
Aku rasa memang aku suka membaca. Sangat suka! Setiap kali keluar
mesti akan ada sebijik buku lah dibeli. Kebanyakkan genre tentang kehidupan,
cintan cintun. Dengan cara ini aku dapat tahu tentang kehidupan.
Belajar dengan membaca.
Cuma satu je aku tak minat, baca buku pelajaran! Bosan lah!
Takde kaler-kaler. Haha..
#4 Menyanyi untuk release tension
Perhatian kepada bakal-bakal rumate, bakal suami, bakal anak,ehhh,
aku memang macam ni yea. Aku akan pakai headphone dan akan melalak
sesuka hati aku. Terutama sekali bila buat assignment.
Sebagai ubat menyampah, SILA PAKAI HEADPHONE anda juga!
Jon lawan-lawan nyanyi. ohhh lalalala~
Memang aku macam nie. Jadi, sapa-sapa nak suruh aku vote dia dalam
pilihanraya, jangan marah kalau aku langsung tak vote! Malas lah.
Selalu kalau ada yang gaduh-gaduh aku jadi orang tengah.
Aku dengar yang ni, aku terang dengan yang tu.
Kadang-kadang saja aku putar belit cerita! haha, jahat wehh aku!
#6 Pemikiran Negatif
Yang ni bahaya wehh. Aku selalu fikir buruk kat orang.
Rasa memang patut fikir buruk kat orang dulu, sebab kita tak tahu apa yang dia
fikir. Kan kan? Kalau dah kenal baru boleh cintan cintun.
Mungkin dulu aku pernah dipermainkan oleh kawan baik aku.
Jadi, sejak itu aku selalu berjaga-jaga dengan fikir buruk dulu baru fikir yang baik.
#7 Manja
Aku manja. Al-maklum lah anak tunggal. Jadi, ni lah peluang aku untuk manja-manja
dengan keluarga aku. Seronok wehh! Kadang-kadang semua yang aku minta,
aku akan dapat! Tak semua dapat. Memang kalau tengok dari luaran
korang akan kata aku sombong, garang,
tapi bila korang dah kenal, tengok la aku macam mana.
Selalu gak aku sengaja jadi gedikk! Nak gak rasa orang menyampah kat kita. Haha..
#8 Bertindak Mengikut arahan
Haruslah aku mengkritik kan! Dah buat tak betul, aku marah lah.
Aku akan jadi serius bila aku tengah buat kerja. Aku akan automatik berubah.
Aku boleh marah orang bagai rimau masa jalankan tugas.
Tapi, lepas je habis kerja aku, aku gelak gumbira macam biasa.
Kalau sesiapa pernah kena marah dengan aku masa handle projek,
aku minta maaf yea.
#9 Berjiwa Seni
Aku buka bercita-cita nak jadi penyanyi yea. Aku suka buat puisi.
Puisi mengenai hidup, mengenai diri, sahabat.
Mungkin terlalu banyak yang aku lalui semasa usia begitu muda,
banyak juga yang aku buat. Nak tengok ke?
Nanti ada masa aku tunjukkan yea.
#10 Senang Sesuaikan diri
Maksud? Kat mana pun aku tercampak, aku boleh hidup.
Masa mula-mula aku masuk UUM, aku takde kawan.
Aku cuba berkenalan dengan semua orang. Tak kira la dari mana,
amik jurusan apa, semua aku kawan. Cina, India, Melayu, kecik, besar,
putih, kelabu, semua aku kawan. Kenapa harus memilih dalam berkawan?
Berkawan biar beribu kan?
#11 Aku pemalu
Percaya tak aku pemalu? Aku memang pemalu.
Kalau pemalu macamana boleh sesuaikan diri dengan senang?
Heii, sebagai seorang perempuan melayu, perasaan malu haruslah ada.
Aku berani untuk menegur dan menyapa, tapi haruslah menjaga adab sopan.
Aku tak suka bila aku jalan orang tengok. Maksudnya aku malu la kan.
Ehem, aku tak pernah keluar rumah! Paling jauh pergi pun kat ruang tamu.
#12 Mudah tersentuh
Maaf! Tersentuh awak lah! Ehh, bukan yang tu. Aku akan mudah tersentuh
kalau tengok perkara yang kadang-kadang tak masuk akal pun.
Aku pernah nangis sebab tengok kartun.
Siyes sedih woo cerita katun tu. Tengok sailormoon pun kadang-kadang
touching! Pernah sekali ada orang gurau dengan aku
cakap aku sombong, aku nangis wehh! Kelakar tak?
#13 Pecinta yang setia
Ceewaahhh! Setia ke? Haruslah aku setia dari setiap segi.
Aku setia pada Allah yang Esa, aku setia pada ibu ayah,
aku setia pada sahabat yang memerlukan, aku juga setia pada suami.
Haha.. Selagi aku mampu, aku akan buat apa saja demi
melihat senyuman dari orang yang aku sayang.
#14 Aku Tabah
Bukan senang nak jadi aku wehh. Macam-macam aku lalui.
Nak cerita mungkin tak akan habis sampai esok.
Dari aku kecik sampai sekarang hal itu masih belum habis.
Kadang-kadang aku terasa sesak dengan apa yang berlaku.
Apa yang aku boleh buat? Aku perlu kuat demi Ibu.
Aku taknak ibu lemah. Jadi aku harus tabah hadapi segala dugaan.
Tak siapa tahu tentang hal itu. Tak siapa. Aku masih belum
terbuka hati untuk bercerita tentang hal itu.
Semoga aku terus tabah!
#15 Aku cik Annoying
Sesungguhnya bersabarlah wahai orang di sekeliling aku.
Aku memang annoying gila! Haruslah aku kurang kawan
walaupun suka kawan.
Apa boleh buat, sabor jelah!
hai! nama saya Cik Annoying.
Akhirnya!
Akhirnya!
Aku berjaya beritahu 15 Fakta dan Auta tentang aku.
Kalau nak tahu lebih, meh kenal dengan aku.
Terima Kasih Semua!
DONE with day 26.
Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)