Bahagia kan kalau fikir masalah 24 jam!
Aku rasa itu yang seronok aku buat sepanjang hari nie.
Day 14 : Perkara yang seronok berlaku hari ni.
Oleh kerana ini masih permulaan hari,
perjalanan masih jauh,
aku boleh kata aku takde buat dan takde pape yang seronok berlaku.
Hari aku bermula sewaktu pulang dari Nanyang Kopitiam malam tadi.
Sampai sekarang aku masih memikirkan tentang hal itu.
Apa perlu aku buat? Aku rindu Aus.
ehh. tak tak.
Aku buntu. Aku tak yakin, aku tak berani.
Jam 6.20 pagi aku terjaga.
Ibu tengah masak. Aku senyum sebab nanti tengahari aku dah
tak payah masak! Mungkin ini perkara seronok berlaku hari nie.
Mungkin!
Macam biasa lah, aku sambung tidur. keji kan perangaii!
Bangun kembali jam 10, ibu telefon cakap isikan makanan dalam bekas,
dia nak bawak ke klinik.
Bukan nak ujikaji makanan tu, ibu aku Jururawat Kesihatan.
Haruslah aku meneruskan hari ini dengan membersihkan diri.
dan sekarang dah pukul 12, aku duduk depan laptop menaip repekan aku.
haruslah aku lakukan secara rutin, apa lagi aku boleh buat.
dan aku yakin,
hari ini aku hanya akan memikirkan tentang hal ITU.
tiada lain,
Semoga aku dapat jalan penyelesaiannya.
Semogee lah!
Done with day 14!



No comments:
Post a Comment