Siang ku sedih dan suram. Kenapa? Ada banyak persoalanbukan? Jika esok kita bermulanya Ramadhan, maka hari ini adalah hari terakhir di bulan Syaaban. aku sedih kerana ini. hari ini hari terakhir aku memasak tengahari di rumah. Tak..tak. Insya Allah umurku masih panjang. Insya Allah. Selepas sahaja Ramadhan, pasti Syawal muncul bukan? Dan pada Syawal aku pergi. Pergi meninggalkan keluarga untuk berjuang kembali di medan perang. Kembali kepada tujuan utama aku dilahirkan di dunia. Agar menjadi insan yang berguna kelak. Agar menjadi insan yang Berjaya di akhirnya! Aku kembali ke UUM. Universiti yang memilih aku sewaktu aku memerlukan bimbingan.
Aku menyambut Syawal hanya seminggu bersama keluarga. Mungkin ini adalah dugaan sewaktu menjadi Mahasiswi Universiti. Andai itu takdirnya, aku redha! Meski untuk meredhai sesuatu perkara amatlah susah, aku cuba. Aku harus berfikir secara positif. Allah telah memberi aku peluang menyambut Syawal dengan rakan-rakan aku. Yang selama ini aku harapkan. Yang selama ini aku mahukan. Terima kasih Allah!
Berbalik pada tujuan utama entri ini ditaip, aku tak sabar nak puasa! Hooraayyy! Apakah? Aku memang taksabar nak berpuasa dirumah. Bersama keluarga yang disayangi. Sebelum ini aku berpuasa di UUM. Lain suasananya. Makan sahur pun macam takde selera jewk. Menghadap muka rumate yang sama. Memang kalau kat rumah pun menghadap muka ibu ayah yang sama, tapi suasana berbeza. Bangun sahur ada yang kejut. Bahagia tahu tak? Bahagia sangat! Biar aku tahu aku mungkin tak dapat makan yang sedap-sedap di hotel, tapi, dengan menjamah juadah berbuka dengan keluarga, bukankah itu yang lebih sempurna? Kalau ada sesiapa nak belanja makan kat hotel pun apa salahnya. Tak gitu Ezzah? Hehe.
Aktiviti sepanjang Ramadhan telah ku susun dengan rapi. Pada minggu akhir Ramadhan, aku nak buat kuih raya. Siapa nak tempah? Perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala otak aku. Sesungguhnya aku memang tak reti dalam hal-hal yang macam ni. Tapi, rasanya tak salah aku mencuba! Ibu yang nak buat. Katanya, raya tahun nie buat kuih sendiri sebab adik ada kat rumah! Haruslah aku mengikut arahan yang diberi.
Ehh. Taklah, aku bukan lupa aktiviti utama sewaktu Ramadhan. Tak! Tidak sesekali aku lupa. Ini hanyalah aktiviti sampingan yang aku ingin lakukan. Insya Allah. Aku hanya merancang, DIA yang tentukan semuanya. Maaf jika entri kali ini nampak aku merapu lebih sangat. Sedang mengalami kekurangan idea untuk mengupdate blog. Kepada saudara Islamku, SELAMAT BERPUASA! Maaf zahir batin yea. Ehhh*



3 comments:
eh eh. ada plak nama ezzah eh kat sini. insyaallah dh kaya, sy belanja kak dayah. bukan kat hotel je, kat mana mana pun boleh. :) salam ramadhan.
hehehe. selamat berpuasa dik! huu~ alhamdulillah. ada gak yang sudi belanja. heheh. insya Allah..
dah lme tak mkn cookies almond london :)
Post a Comment