Friday, July 29, 2011

Playfull Kiss! *aww

Siapa sangka lelaki yang keras, sombong boleh jatuh cinta dengan perempuan yang kurang dari segi IQ nya. Bukan bermaksud GILA, tetapi mungkin kurang pandai. Aku teringin jadi macam tu. Seperti sebuah drama korea. Seperti novel karya penulis terkenal. Mendapat seorang teman hidup yang kacak dan sempurna segalanya. Mempunyai akal yang pintar, pandai masak. Siapa yang tak mahu kan? Semua impian perempuan adalah sama.

Memang betul kata orang impian memang selalu indah. Tak salah kiranya aku berangan untuk yang seperti itu. Namun, angan aku hanyalah angan-angan kosong. Mana mungkin manusia sesempurna itu. Mungkin ada. Tetapi hanyalah, satu dalam sejuta. Adakah aku yang bertuah yang bakal memilikinya? Sering kali aku berdoa agar pertemukan dengan jodoh yang elok. Insya Allah.. Aku menginginkan keindahan dalam perhubungan. Sehingga kadang-kadang aku terleka dengan imaginasi aku sendiri dan alam realiti. Aku boleh menangis bila menonton drama korea. Aku boleh ‘berangin’ bila menonton drama korea. Kadang-kadang aku terbawa-bawa sampai di dalam alam nyata.

Semua ini angkara aku tak bekerja sepanjang cuti semester. Aku sering kali terpengaruh dengan cerita korea. Setiap bait kata aku selalu berbaur korea. Gamsahanbnida, gomayo, annyong, omo! Semua aku gunakan dalam pergaulan seharian. Ehem, bergaul dengan sapa jewk? Haruslah dengan dunia imaginasi aku sendiri. Haruslah diketahui ramai, aku sangat susah nak keluar rumah. Tak mampu. Bukan tak berani. Cuma keizinan dari orang tua yang member sedikit halangan. Itu tidak penting, yang penting semua itu kerana mereka sayangkan aku, bukan?

Sepanjang cuti ini aku sering menonton drama korea. Yang terbaru adalah Playfull Kiss. Yea. Aku tahu drama ini sudah berkurun lama.

Sememangnya drama ini memang sudah berkurun juga dalam laptop aku. Baru sekarang ada kesempatan menonton. Aku bukan seorang penggemar korea sebelum ini. tetapi, sejak aku bersendiri di rumah aku mula cari hiburan. Dan yang pertama aku jumpa adalah SNSD. Dari situ aku mula cari tentang kumpulan korea itu. Dan seterusnya aku tengok semua drama. Bila di UUM, aku mula datang bilik ke bilik kawan aku untuk pinjam external hard disk, nak buat apa? Nak ambil movie? Sudah tentu! Hanya itu hiburan yang aku peroleh masa di U. Selain aku berkaraoke, hanya itu yang aku boleh buat untuk mengisi masa luang aku. Walaupun seharusnya aku tahu aku harus isi dengan belajar. Tapi, kalau belajar lama-lama penat juga kan?

Antara drama korea yang pernah aku tonton adalah The Witch Yoo-hee, Playfull Kiss, Secret Garden, Coffee Prince, You’re Beautiful. Aku pun layan cerita jepun, tapi tak banyak orang ada drama jepun. Yang aku pernah tengok drama Mei-Chan No Shitsuji dan One Litre Of Tears. Tak salah kiranya aku menggemari cerita luar.

Ehem, dah terlalu panjang aku menaip. Aku selalu berharap agar aku menaip untuk assignment aku sebaik dan sepanjang ini. Insya Allah. Akan aku naikkan lagi pointer aku akan datang. Ehh, dah. Annyong!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: