Monday, July 25, 2011

Nak Datang ke tak? haisshh


Aii ! Manalah kawan aku tak datang-datang. Aku dah lama datang. Tapi dia masih belum datang Dia jugak yang ajak aku datang Tapi masih jugak tak datang-datang Janji pukul 3 petang dia datang Dia kata , “Jangan bimbang aku mesti datang , Jangan pulak kau yang tak datang ?! Aku tunggu kau datang ! ” Semalamlah dia kata tunggu dia datang.
Tapi aku dulu yang datang Mana dia ni tak datang-datang ?!!!

Hish ! Berapa punya lama aku tunggu dia datang Menanti dengan harapan agar dia segera datang Tapi dia masih tak datang-datang Dah dekat 2 jam aku tunggu dia datang Tapi sampai sekarang dia tak datang-datang Mundar-mandir aku tunggu dia datang Tak jugak datang-datang !!! Ramai orang yang dah datang Pelik tengok aku diri di tepi gerbang selamat datang Hapa ?!! Ingat aku ni orang asing punya pendatang.

Makin lama makin ramai yang datang Pelancong asing pun ramai yang datang Sekali pulak ada mamat macho datang Dig ! Dag ! Dig ! Dug ! Debaranku pun datang Dengan lenggang- lenggok dia datang Rasa macam nak ucap selamat datang Alamak ! Rupanya dia minah pendatang ! Tapi, dari mana dia datang ??? Aduh , ideaku langsung tak boleh datang Mengingatkan member aku yang masih tak datang-datang !!!

Mana ni member aku tak datang-datang Nak datang ke tak datang ? Peluh jantan betina semua dah datang Irama lagu ‘Pencinta Wanita ’ dari perutku pun datang Dengan kepala angin aku sekali datang. Siap dia nanti bila dia datang ! Beep ! Beep ! Beep ! Tanya dialah bila nak datang ? “ Hello ! Woi bila kau nak datang ? Dari pukul 2 sampai 4 aku dah datang ! Tunggu engkau tak datang-datang ! Kau nak datang ke tak nak datang ??? ” Dia jawab , “ Aku dah nak datang , Sekali memulas ‘stomach’ aku datang Beberapa kali tandas aku pi datang Bukan aku tak nak datang Tapi rasanya aku tak dapat datang Maaflah ! Aku tak dapat datang !!! ” Cis ! Lemak punya kawan suruh datang Tapi dia pulak yang tak datang.
Buang ‘current’ je rasa aku datang Baik dari tadi aku tak payah datang .
Saja je buat sakit hati aku datang. Ah ! Lain kalilah datang !!!


p/s; sila jangan pening ye. ini entri bosan oke! (:


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

2 comments:

Anonymous said...

bosan kan tunggu org. agagag

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

betul tu ain . memang bosan! heee~