Assalamualaikum.
Sempena pengalaman aku jadi mama,
haruslah aku bagi sedikit info macam mana nak jaga bayi.ehem,

TIPS PENJAGAAN BAYI
1.Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama dengan cecair pencuci freesia untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.
2.Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.
3.Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian
disapu dengan ubat yang diberikan doktor.
4.Kemudian sapukan minyak bayi HPA ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan
mengelakkan dari bayi kembung.
5.Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana
boleh menyebabkan perut bayi sakit.
6.Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda
memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.
7.Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam kesejukan.
8.Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.
9.Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan bayi terkena ulser mulut.
INGAT!!
Selamat mengamalkan.
p/s; ni yang rasa gatal nak kawen ni!



4 comments:
alamak alamak heksited nak tahu cara2 jaga bayi tapi tanak kahwin lagi.. ehehehe.. ;d
Tak sangka kite course yg sama .. he eeeeee
Nur Farah Hani ; hehehhehehe. xpe2, kita belajar dulu cari ilmu.. (:
cik kamoo ; ehehhe. akak keje kt kementerian pelancongan ke? wahhh~
excited nie!
Post a Comment