Sunday, July 17, 2011

Kenapa Cahaya Pelangie?

Day 25 : Makna disebalik Link Blog anda.


http://cahayapelangie.blogspot.com

Cahaya Pelangie.
Kenapa mesti Cahaya Pelangie?
Kenapa bukan Cahaya Matahari ke, Cahaya Lampu ke,
kenapa mesti Pelangie?
Kenapa Pelangie di eja ada tambahan 'e'? Bukan Pelangi saja ke?

Biar aku rungkaikan satu persatu.
Sebelum ni mungkin aku tak hairan dengan kehadiran pelangi.
Tapi, pada detik itu, saat itu, ketika itu.
Masa aku tingkatan 6, waktu assembly. Pelangi muncul di pagi hari.
Waktu itu aku sangat teruja! Betapa cantiknya Ciptaan Allah.
Dan aku berazam untuk nelajar bersungguh ketika itu.

Aku juga ingin menjadi pelangi.
Walaupun keindahannya hanya sementara, tetapi keindahan itu
dapat membahagiakan sesiapa yang melihatnya.
Aku hanya mahu mereka yang berada disekeliling aku gembira.
Aku tak suka tengok mereka sedih.
Dari situ aku mulakan hidup sebagai pecinta pelangi.
Pelangie pun jarang-jarang muncul. Rasa macam eksklusif ke kan.

Penambahan 'e' kat akhir pelangi?
Saja je nak tambah. Bukan apa, aku bukan lah pelangi yang sebenar.
Aku seorang gadis yang mahu menjadi seperti pelangi.
Jadi, haruslah ada identiti sendiri kan. (:



Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: