
Sunday, August 28, 2011
Nak buat entri RAYA jugakkk!!!

Monday, August 22, 2011
si Baju KUNING & Nasi Ayam dan SK II.

Dear SK II,Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control.
I can't make you love me, want me, or understand me. All I can do is hope that someday you will.
Sunday, August 21, 2011
Hantu Bilik..huu~

Sudah begitu lama aku tak buat entri baru. Terasa kekok jari ini menaip. Dah lama tak menghadap laptop ini. rindukah kalian pada aku? Jika rindu, sebutlah nama ku! Hehe.
Aku tahu kemasukan untuk pelajar lepasan STPM adalah pada 4 September. Katakan padaku jika salah. Mungkin tarikh ini berbeza bagi beberapa IPTA seperti UUM. Siapa junior UUM? Sila bagi maklumbalas. Nak kenal-kenal. Haha.
Sebenarnya aku nak berkongsi satu kisah seram. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh senior ku di UUM. Nak tahu? Meh baca sampai habis.
Cerita bermula pada hari pertama di universiti. Kira minggu orientasi lah atau minggu suai kenal. Seperti kebiasaan pelajar baru akan diberi kunci bilik untuk meletakkan barang masing-masing sebelum bermulanya minggu suai kenal. Pada ketika itu Linda (bukan nama sebenar) sangkakan dia adalah terawal, namun tiba sahaja dia dapati rakan sebiliknya telah pun sampai terlebih dahulu. Linda pun berkenalan dengan Sara, rakan sebiliknya itu. Namun Linda pelik mengapa rakannya sebiliknya itu seorang diri. Tetapi Linda tidak kisahkan semua itu. Yang penting dia sudah ada rakan sebilik.
Selepas meletakkan barang, semua pelajar dikehendaki turun. Linda mengajak Sara turun bersama. Namun, Sara menyuruhnya turun dahulu. Linda menurut. Semua pelajar telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan sesi suai kenal itu. Namun Linda tidak menjumpai Sara. Mungkin kerana terlalu ramai pelajar, Linda beranggapan begitu.
Linda ini ada perangai buruk, iaitu gemar mengarah orang melakukan sesuatu perkara. Hampir setiap malam dia menyuruh Sara menutup lampu sebelum tidur. Sara tidak pernah membantah.
Minggu suai kenal telah pun melabuhkan tirai. Seperti biasa sebelum tidur Linda akan menyuruh Sara menutup lampu. Pada malam itu, Sara agak marah dan tidak mahu menurut. Linda memaksa. Dan apa yang dilihatnya adalah sesuatu yang mengejutkan. Tangan Sara memanjang dan terus menutup lampu. Linda menyangka dia terlalu penat dan tidak memikirkan kejadian itu.
Keesokan harinya, Linda merasa curiga dengan Sara. Linda bertanya kepada pihak atasan asrama itu mengenai rakan sebiliknya itu dan apa yang lebih mengejutkan bahawa sebenarnya dia TIADA rakan sebilik. Linda selama ini hanya duduk seorang.. jadi, siapa SARA?
Kisah ini adalah kisah benar. Aku saja menceritakan sebegini agar kalian faham. Jadi, kepada adik-adik yang bakal mendaftar diri di mana-mana IPTA, kakak-kakak dan abang-abang yang bakal mendapat roommate baru, pastikan SIAPA rakan sebilik anda? Jangan jadi seperti Linda. Renung-renungkan dan selamat beramal!
Sunday, August 14, 2011
-Dalam Proses Baik Pulih-
15 Fakta Menarik Dunia.
1. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.
2. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.
3. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.
4. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.
5. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.
6. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
7. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
8. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.
9. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.
10. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.
11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.
12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.
13. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
14. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
15. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
Saturday, August 13, 2011
Bulan Ramadhan penuh Keinsafan.
Assalamualaikum..
Sempat lagi kiranya kalau aku menaip satu entri untuk hari ini. Aku rasa memang dah cukup lama aku tak menaip untuk blog ini. Even aku menukar background blog nie tapi entri masih tetap sama. Bukan aku berniat untuk melupakan blog ini. Tidak-tidak. Ini adalah keinginan ku. Mana mungkin kau melupakan. Sesungguhnya aku merindui.
Tak siapa tahu bila hari kiamat kan? Yang aku tahu ia berlaku pada hari jumaat. Sesungguhnya aku gerun bila memikirkan tentang hal-hal sebegini. Aku masih terlalu jauh untuk mengecap kebahagiaan di syurga. Masih terlalu banyak kekurangan.
Bulan ramadhan ini telah mengajar aku pelbagai perkara. Mengajar aku tentang apa itu erti kesabaran? Kesucian? Sepanjang bulan ramadhan ini aku rasa ingin saja buat semua perkara yang tidak menyusahkan keluarga aku. Mereka terlalu banyak berkorban untuk aku.
Bila ibu menyatakan hal itu tadi. Aku rasa sedih. Sebak. Aku tak tahu apa yang perlu aku ungkapkan.
Ibu, terlalu banyak yang ibu buat.
Ibu, terima kasih atas semuanya.
Kadang-kadang aku rasa malu. Malu dengan semua. Malu dengan rakan. Adakah yang sudi berkawan dengan aku. Aku sering berkira-kira dengan semua itu. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan untuk ibu dan ayahku. Hanya mereka harta yang aku ada. Aminn.
Maaf atas penggunaan ‘aku’.
Wednesday, August 10, 2011
Abu! Rindu Abu. EH?
Aku sangat sukakakn kanak-kanak. Tapi hanya ketika mereka bawah setahun. Dah atas setahun, banyak cakap lah! Malas layan. Haha. Boleh ke macam tu? Setiap hujung minggu aku akan balik kampung, itu pun kalau ibu tak ‘On Call’. Ingat tak entri aku tentang aku menjaga sepupu aku tu? Yang INI. Nama dia NURINA BALQIS. Tapi aku panggil Uyin je. Senang, ringkas. Bulan September nie cukup umur dia setahun. Dia sangat-sangat-sangat comel! Geram aku tengok. Muka macam mama dia @ kembar aku. Orang selalu confused antara aku dengan makcik aku. Orang kata muka kitorang sama. Sama ke? Lain lah! Aku lagi comel. Haha.
Uyin ni memang manja dengan aku. Mungkin sebab hanya aku dan keluarga yang balik tiap-tiap minggu. Orang yang paling dia suka ialah ayah aku! Aku pun tak faham, apa yang best sangat dengan ayah aku tu. Bukan Uyin sorang je. Semua lah!
Abu, siapa Abu tu? Ha, ceritanya macam nie. Uyin ni dah mula nak bercakap. Dia selalu cakap sensorang. Haruslah kan, dah aku tak faham dia cakap apa. Petang ahad lepas dia mengamuk! Sibuk tarik-tarik lengan ayah aku, minta dukung. Lepas tu kitorang pun ajar lah cakap LEMB..LEMBU.. tahu apa Uyin cakap? ABU..ABU.. haha. Comel tak comel?
Selalunya rutin harian Uyin cuma main,mandi,makan,tidur. Tapi setiap kali aku balik, ayah mesti bawa dia jalan-jalan tengok LEMBU. Sebab tu perkataan yang Uyin selalu sebut ABU! Kalau nampak hari macam dah petang, mula lah dia cakap dengan aku, “Tatak, abu! Abu!”Nanti aku dukung, bawa dia jumpa ayah aku. Nanti ayah aku start lah kereta tengok Abu dengan Uyin. Sejak dari hari tu, aku panggil Uyin, ‘awek’ ABU. Hehe. Kalau aku dah masuk UUM, ntah macamana Uyin yea. Haishh..
Nak jumpa ‘Awek’ ABU!

Aku Bawa Tuah! Kau ADA?
Assalamualaikum.
Selamat berpuasa semua! Maaf kerana lambat update. Al-maklumlah, ‘beruk’ belum bagi makan lagi. Aku sudah mula mendengar lagu raya sejak puasa keenam. Nak ambil feel raya kat kampung halaman. Wahh! Seronoknya rasa. Tak sabar! Waktu berpuasa juga aku isi dengan perkara yang berfaedah dengan keluarga.
Macamana nak mula ye. Korang pernah rasa korang nie bawa TUAH tak? Bukan Hang Tuah yea. Aku pun rasa pelik jugak kadang-kadang. Kenapa?
Ceritanya macam ni, aku dengan keluarga jenis yang suka keluar malam. Kadang-kadang pukul 12 tengah malam baru nak keluar. Bila keluar, haruslah singgah di tempat-tempat yang boleh menambah lemak. Adeh.. Masa aku sampai je kedai tu, tengok takde orang langsung! Sebab tu singgah, sebab cepat nak dapat makanan. Tapi, lepas beberapa minit aku duduk, berpusu-pusu orang datang ke kedai yang sama.
Dan hari ini, aku keluar dengan keluarga. Tekak masing-masing teringin nak makan durian. Maka, sesi mencari dan menyelamat durian dimulakan pada jam 1030 malam. Aku pergi ke kedai buah di Batu Pahat. Waktu tu kedai ni nak tutup dah. Tapi, kitorang terjah je. Sebab tengok ada durian. Tak lama lepas tu. 3 bijik kereta lagi sampai kat kedai yang sama. Memang rezeki banyak kedai nie. Nasib dia pun bagi murah je. Ibu beli durian 3 biji dengan buah Longan sekilo cuma RM9.00. Memang murah! Dapatlah lepas gian nak makan durian.
Aku pun naik pelik. Aku bawa TUAH ke? Atau mungkin hanya kebetulan. Tak siapa tahu.
Korang pernah macam nie ke?
Sunday, August 7, 2011
PENGUMUMAN!!
Terima Kasih kepada follower baru.Akan aku follow kembali sebentar lagi.Aku ada kat kampung. Tak bawa laptop.Nanti aku balas yea. Dah banyak idea aku ambil masa kat kampung nie.Oh yeahh~~Tunggu ye sayangs..
Saturday, August 6, 2011
CintaMukaBuku - NajwaLatif. Best ke?
Assalamualaikum.
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif. Apa yang bestnya lagu nie? Aku mencari-cari apa yang seronok, sehingga gadis berusia 16tahun telah mencipta satu reformasi dalam dunia hiburan. Oleh sebab dia anak jati Johor (Batu Pahat) haruslah aku sokong dia. Sebenarnya aku menolak untuk mendengar pada mulanya, namun setelah di pujuk, aku mendengar. Pada aku lagu ni biasa jewk, tapi suara NajwaLatif nie gemersik. Dengar lama-lama macam best pulak kan. haha. nah, jom nyanyi2.
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersuaKu rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Friday, August 5, 2011
" Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali "
Semua Impian menjadi Kenyataan!
Suami keluar bersama rakan-rakannya. Aku? Aku hanya di rumah. Aku hanya membiarkan suami keluar. Kenapa? Tidak sayangkah aku padanya? Tidak, bukan begitu. Semua manusia harus berkawan. Aku tidak mahu menjadi penghalang kepada persahabatan mereka. Aku hanya tersenyum tika suami melangkah kakinya tadi.
Bila seorang diri begini, aku rasa inilah masanya untuk aku memanjakan diri. Sudah begitu lama aku tidak merasa sunyi begini. Kesunyian yang begitu menenangkan. Bukan bermaksud aku membenci hidup berpasangan, Cuma kadang-kadang manusia memerlukan masa untuk diri sendiri. Bila berseorangan begini, macam-macam yang aku boleh lakukan. Mungkin mandi lulur. Sudah lama aku tidak berlulur. Aku lakukan semua demi suami yang tercinta. Sebagai seorang isteri aku harus menjaga diri, kesihatan dan penampilan. Agar suami bahagia disamping aku.
Bila suami keluar dengan rakannya, aku teringat pada sahabat aku. Mungkin sudah besar anaknya. Ingin sekali aku berjumpa. Namun, kekangan masa yang menghalang aku dan dia untuk ketemu. Teringin sekali aku kembali kepada masa lalu, dimana aku dan dia masih bersekolah. Aku bahagia bersama dia. Pergaduhan yang berlaku semasa di zaman persekolahan mematangkan kami. Kadang-kadang aku tergelak sendiri bila mengenang kisah dahulu.
Kini aku bahagia. Pada usia 25 tahun, aku merasakan dunia aku cukup lengkap. Aku sudah mempunyai suami yang penyayang. Aku juga kini sudah bergelar Pensyarah di sebuah IPTA di negara. Jika dahulu perniagaan suami berada di awang-awangan, kini semua sudah pulih. Perniagaannya makin membesar dan stabil. Walaupun, kami belum dikurniakan cahaya mata, aku tetap bersyukur dengan semua kurniaanNya. Alhamdulillah. Aku dan suami masih menanti rahmat itu. Insya Allah.
Menulis kini menjadi kegemaranku. Walau masa selalu menghalang, tapi aku mencuba untuk menulis bagi kepuasan diri. Meski dahulu aku juga pernah bercita-cita sebagai penulis novel. Walaupun pelbagai dugaan yang kami tempuhi sepanjang bersama, aku tetap bahagia. Berada di sampingya yang aku sayang sudah cukup untuk membuatkan aku bahagia. Semoga kebahagiaan ini berpanjangan.
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Sila jangan betulkan siaran anda. Semua yang diatas adalah angan dan impian yang aku ingin capai di masa akan datang. Fantasi bukan perkara yang buruk kan? Kerana dengan fantasi, kita boleh mempelajari sesuatu. Kita belajar untuk lebih maju di masa akan datang. Semoga impian aku menjadi kenyataan. Insya Allah. We've Still Got Time. J
Thursday, August 4, 2011
SEGMEN: Mari Main Masak-masak!

Aku berfikir-fikir, apa aku nak masak hari ini?
Asal Usul Hantu!
1. Hantu Raya.
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.. kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
2. Hantu Langsuir.
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain ‘aumm cak’ di tepi langsir.
3. Hantu Stokin.
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin. Ehh?
4. Hantu Jerangkung.
Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang....kung', maka jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
5. Hantu Pontianak.
Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini, ‘Ponti punya anak’. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan mengejutkan seorang nenek dan melatah, Oi! Pontianak. Lekatlah nama pontianak .
6. Hantu Penanggal.
Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari...Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kaya dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong.
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
8. Hantu Kom-Kom.
Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer. akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!! HEHE.
Semua ini adalah rekaan semata-mata. Saja nak bagi berfaedah puasa ni. ehh, berfaedah ke? Tepuk dada, fikir sendiri.
Wednesday, August 3, 2011
7 Tips Beraya ke Rumah Si Dia.
Tip 1: Jaga Penampilan
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan 'jeans' sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.
Tip 2: Bawa Teman
Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.
Tip 3: Kenali Ahli Keluarganya
Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat 'green light' untuk masuk ke dalam keluarga si dia.
Tip 4: Jaga Adab Sopan
'First impression'selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.
Tip 5: Bersikap Ramah Mesra
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda 'merapu'. Dan jangan terlalu 'excited'semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!
Tip 6: Murahkan Senyuman
Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’pulak!
Tip 7: Sediakan Buah Tangan
Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’untuk bakal adik-adik ipar, kan!
Sumber : Tentang cinta.com
9 Tanda Lelaki Merajuk.
1#Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
2#Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
3#Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
4#Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
5#Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
6#Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
7#Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
8#Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
9#Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...
Sumber : Tentangcinta.com
Cara Lelaki Menguji Wanita
Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.
2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: ”Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: ”Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: ”Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.
4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
Sumber : Tentang Cinta.com



