
Selepas sahaja raya seminggu aku akan terus ke UUM untuk meneruskan pelajaran aku. Bila aku fikirkan semula, adakah umurku panjang? Adakah aku akan berjumpa dengan rakan-rakan ku semula? Adakah aku sempat untuk menyambung dalam semester tiga nanti? Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan. kadang-kadang aku sendiri tidak tahu. Kenapa aku sering berfikir sebegini.
Kematian. Aku takut. Semua manusia takut akan kematian. Aku tidak dapat membayangkan apakah sebab nyawa aku akan di ambil. Bagaimana kah caranya? Subhanallah!
Sesungguhnya aku takut akan api neraka. Namun, layakkah aku ke syurga? Mengingati kematian merupakan satu pertiga dalam kehidupan. Betul kan? Aku teringin mengerjakan umrah. Melihat keindahan ciptaan Allah. Menziarah ke tanah suci. Teringin sangat! Insya Allah, semoga aku sempat jejakkan kaki di tanah suci itu.
Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf atas segala yang berlaku. Aku memaafkan kalian semua. Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untukku.
Semoga Izrael belum memanggil kita.
Semoga Mikail terus memberi rezeki.
Semoga Raqib tak jemu-jemu menulis kebajikan.
Semoga Ridzuan menunggu kita di pintu syurga. Amin..



1 comment:
aminn.. mudah mudahan umur kite semua dpnjgkn n akn dtempatkn di tmpt yg baik..amin2..
Post a Comment