Sunday, August 21, 2011

Hantu Bilik..huu~

Sudah begitu lama aku tak buat entri baru. Terasa kekok jari ini menaip. Dah lama tak menghadap laptop ini. rindukah kalian pada aku? Jika rindu, sebutlah nama ku! Hehe.

Aku tahu kemasukan untuk pelajar lepasan STPM adalah pada 4 September. Katakan padaku jika salah. Mungkin tarikh ini berbeza bagi beberapa IPTA seperti UUM. Siapa junior UUM? Sila bagi maklumbalas. Nak kenal-kenal. Haha.

Sebenarnya aku nak berkongsi satu kisah seram. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh senior ku di UUM. Nak tahu? Meh baca sampai habis.

Cerita bermula pada hari pertama di universiti. Kira minggu orientasi lah atau minggu suai kenal. Seperti kebiasaan pelajar baru akan diberi kunci bilik untuk meletakkan barang masing-masing sebelum bermulanya minggu suai kenal. Pada ketika itu Linda (bukan nama sebenar) sangkakan dia adalah terawal, namun tiba sahaja dia dapati rakan sebiliknya telah pun sampai terlebih dahulu. Linda pun berkenalan dengan Sara, rakan sebiliknya itu. Namun Linda pelik mengapa rakannya sebiliknya itu seorang diri. Tetapi Linda tidak kisahkan semua itu. Yang penting dia sudah ada rakan sebilik.

Selepas meletakkan barang, semua pelajar dikehendaki turun. Linda mengajak Sara turun bersama. Namun, Sara menyuruhnya turun dahulu. Linda menurut. Semua pelajar telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan sesi suai kenal itu. Namun Linda tidak menjumpai Sara. Mungkin kerana terlalu ramai pelajar, Linda beranggapan begitu.

Linda ini ada perangai buruk, iaitu gemar mengarah orang melakukan sesuatu perkara. Hampir setiap malam dia menyuruh Sara menutup lampu sebelum tidur. Sara tidak pernah membantah.

Minggu suai kenal telah pun melabuhkan tirai. Seperti biasa sebelum tidur Linda akan menyuruh Sara menutup lampu. Pada malam itu, Sara agak marah dan tidak mahu menurut. Linda memaksa. Dan apa yang dilihatnya adalah sesuatu yang mengejutkan. Tangan Sara memanjang dan terus menutup lampu. Linda menyangka dia terlalu penat dan tidak memikirkan kejadian itu.

Keesokan harinya, Linda merasa curiga dengan Sara. Linda bertanya kepada pihak atasan asrama itu mengenai rakan sebiliknya itu dan apa yang lebih mengejutkan bahawa sebenarnya dia TIADA rakan sebilik. Linda selama ini hanya duduk seorang.. jadi, siapa SARA?


Kisah ini adalah kisah benar. Aku saja menceritakan sebegini agar kalian faham. Jadi, kepada adik-adik yang bakal mendaftar diri di mana-mana IPTA, kakak-kakak dan abang-abang yang bakal mendapat roommate baru, pastikan SIAPA rakan sebilik anda? Jangan jadi seperti Linda. Renung-renungkan dan selamat beramal!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

7 comments:

Mimi Dyana said...

aku tahu ni DPP mana. HAHAHAHA!

Jini said...

betul ke dayah?menakutkannnnnnn..

myra yusreena said...

huuu debor..huhu..alhamdulillah belum pernah lg kne kacau dgn bnde2 tu..hee

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@M.D : hoi2...diam! hahaha.

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@Jini ; yup! betull...huu~ hati2..

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@myra : huu~ puasa takde hantu!

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@Amy ; terima kasih (: