Wednesday, August 10, 2011

Aku Bawa Tuah! Kau ADA?

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa semua! Maaf kerana lambat update. Al-maklumlah, ‘beruk’ belum bagi makan lagi. Aku sudah mula mendengar lagu raya sejak puasa keenam. Nak ambil feel raya kat kampung halaman. Wahh! Seronoknya rasa. Tak sabar! Waktu berpuasa juga aku isi dengan perkara yang berfaedah dengan keluarga.

Macamana nak mula ye. Korang pernah rasa korang nie bawa TUAH tak? Bukan Hang Tuah yea. Aku pun rasa pelik jugak kadang-kadang. Kenapa?

Ceritanya macam ni, aku dengan keluarga jenis yang suka keluar malam. Kadang-kadang pukul 12 tengah malam baru nak keluar. Bila keluar, haruslah singgah di tempat-tempat yang boleh menambah lemak. Adeh.. Masa aku sampai je kedai tu, tengok takde orang langsung! Sebab tu singgah, sebab cepat nak dapat makanan. Tapi, lepas beberapa minit aku duduk, berpusu-pusu orang datang ke kedai yang sama.

Dan hari ini, aku keluar dengan keluarga. Tekak masing-masing teringin nak makan durian. Maka, sesi mencari dan menyelamat durian dimulakan pada jam 1030 malam. Aku pergi ke kedai buah di Batu Pahat. Waktu tu kedai ni nak tutup dah. Tapi, kitorang terjah je. Sebab tengok ada durian. Tak lama lepas tu. 3 bijik kereta lagi sampai kat kedai yang sama. Memang rezeki banyak kedai nie. Nasib dia pun bagi murah je. Ibu beli durian 3 biji dengan buah Longan sekilo cuma RM9.00. Memang murah! Dapatlah lepas gian nak makan durian.

Aku pun naik pelik. Aku bawa TUAH ke? Atau mungkin hanya kebetulan. Tak siapa tahu.

Korang pernah macam nie ke?


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

2 comments:

∞ Blue Aggashi ∞ said...

selalu gak terjadik perkare sedemikian.. tak tau la kebetulan ke tuah..mungkin psychology org kot..tgk org ramai then ikut serbu..hehe..tapi tak tahan kalau time nk shoping baju.. msti rase cm kne rebut lak..padahal kite dtg dulu.. :P

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@ekin ; kan2? selalu rasa macam nie kan. kalau shopping, ambek je mana yg berkenan. beli ke tak lain kira..hehe