
Salam Sejahtera kepada pembaca setia!
Izinkan aku mengambil sedikit masa kalian untuk entri kali ini.
Segmen : Mari Main Masak-Masak!
Ayuhhh, semua di jemput menyertainya.
Caranya mudah!
Hanya masak apa sahaja yang anda suka, di rumah sendiri!
Sertakan gambar bahan-bahan serta resipi!
Tak lupa cara penyediaannya yea.
Resipi itu haruslah sedap + menyelerakan + mudah + murah!
Aha, anda berani menyambut cabaran ini!
Mari-mari!
Hik2, ini bukanlah segmen yang betul!
Aku hanya buat gempak.
Tapi, kalau ada yang sudi nak buat, silakan.
Bagi URL korang yea. Aku nak isi bulan puasa dengan masak
berbuka untuk keluarga. Sebab tu aku perlukan banyak idea.
Sambungan entri aku sebelum ini, akhirnya aku berjaya masak SPAGETI.
OMG! OMG!
Dengan menggunakan skill yang ada. Ditemani ibu tersayang,
aku memulakan acara.
ktung, ktang bunyi.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
Daging ayam yang dikisar. Beli jewk. Senang! Terpulang nak
guna daging lembu atau ayam.
Sedikit Cili Kering dikisar.
2 Biji Tomato bersaiz sederhana di potong dadu.
Sebungkus Frankfuter with Cheese.
3 sudu besar Sos Cili. Nak guna apa-apa jenama pun boleh.
3 Biji Bawang Merah dan Bawang putih dicincang.
Bahan paling penting!
Sos Spageti.
Kalau takde tak jadi spageti ni dik non oi!
Dan haruslah Mee Spageti tu. Bahan-bahan ini cuma untuk kuahnya saja.
Semua bahan-bahan ini sesuai untuk hidangan 4 orang.
Kalau kaki kuat makan, 3 orang je kot.
Cara Memasak :
1. Tumis cili kering yang telah dikisar. Sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang yang di cincang tadi. Kacau sehingga sebati. Tambah sedikit air.
3. Masukkan pula Sos Spageti. Kacau semula. Tambahkan sedikit air lagi, jika mahu ia sedikit cair.
4. Masukkan Frankfuter dan daging kisar. Kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan sedikit sos cili untuk menambah rasa. Sedikit garam bagi yang menggemari masin.
6.Tunggu sehingga didih, kemudian masukkan tomato. SIAP! Sudah boleh di hidangkan.
Ini lah rupa akhir kuahnya.
Tak berapa merah, sebab bulan puasa. Kena kurangkan kuantiti cili.
SELAMAT MENCUBA!



No comments:
Post a Comment