
Terasa begitu lama aku tak update blog. Maaf, aku tak bayar beruk. Gaji baru je masukkan tadi. ada lah dalam beberapa ribu. Haha. Alhamdulillah. Masih dalam mood blogwalking untuk mencari-cari idea bernas. Sedang berjalan-jalan ke blog sahabat blogger, aku ternampak satu blog ini. Yea. Blog ini, blog SK II. Ingat lagi pada SK II? Pada sesiapa yang baru menjadi ahli Geng Pelangie, SK II adalah kisah silam aku. Bukan berniat mahu mengingat semula perkara yang lepas, tapi ada beberapa entri dia yang menarik aku untuk terus menaip bait-bait kata ini.
SK II adalah kesinambungan dari Si Baju Kuning & Nasi Ayam. Dia adalah orang yang sama. Yea. Memang selama ini aku mengaku aku jadi stalker dia. Aku akan usha blog dia hari-hari. Dah rasa macam desperate je kan. Hmm.. Macamana aku nak mulakan..
Apa yang korang akan rasa kalau ada blogger curi karya korang tanpa credit or apa-apa saja lah pada korang? Sakit? Pedih? Bengang? Bagi aku, tidak mengapa. Aku tidak pernah mengharap semua itu. Aku tidak mengharap publisiti murahan. Jika nak buat juga, aku tak kisah.
Apa yang aku terkejut bila dua entri aku di ambil oleh SK II. Tidak perlu aku beritahu entri yang mana. Aku tidak menyangka semua ini berlaku. Terasa kenangan lama kembali mengusik. Tak salah kiranya aku mengingat kembali kisah-kisah itu. Kerinduan hanya terubat dengan membaca blog miliknya kini. Alhamdulillah dia juga sudah bangkit semula..
Dear SK II,Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control.
I can't make you love me, want me, or understand me. All I can do is hope that someday you will.



3 comments:
sk II mcm jenama kecantikan :D
@amranaiman ; hehehe~ bukan SK II yg tu ye...
heh.. entri kene curi.. geram jugak especially tk mention sikit pun pasal tuan punye tu
Post a Comment