Saturday, August 13, 2011

Bulan Ramadhan penuh Keinsafan.


Assalamualaikum..

Sempat lagi kiranya kalau aku menaip satu entri untuk hari ini. Aku rasa memang dah cukup lama aku tak menaip untuk blog ini. Even aku menukar background blog nie tapi entri masih tetap sama. Bukan aku berniat untuk melupakan blog ini. Tidak-tidak. Ini adalah keinginan ku. Mana mungkin kau melupakan. Sesungguhnya aku merindui.

Tak siapa tahu bila hari kiamat kan? Yang aku tahu ia berlaku pada hari jumaat. Sesungguhnya aku gerun bila memikirkan tentang hal-hal sebegini. Aku masih terlalu jauh untuk mengecap kebahagiaan di syurga. Masih terlalu banyak kekurangan.

Bulan ramadhan ini telah mengajar aku pelbagai perkara. Mengajar aku tentang apa itu erti kesabaran? Kesucian? Sepanjang bulan ramadhan ini aku rasa ingin saja buat semua perkara yang tidak menyusahkan keluarga aku. Mereka terlalu banyak berkorban untuk aku.

Bila ibu menyatakan hal itu tadi. Aku rasa sedih. Sebak. Aku tak tahu apa yang perlu aku ungkapkan.

Ibu, terlalu banyak yang ibu buat.

Ibu, terima kasih atas semuanya.

Kadang-kadang aku rasa malu. Malu dengan semua. Malu dengan rakan. Adakah yang sudi berkawan dengan aku. Aku sering berkira-kira dengan semua itu. Ya Allah, berikanlah kebahagiaan untuk ibu dan ayahku. Hanya mereka harta yang aku ada. Aminn.

Maaf atas penggunaan ‘aku’.


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

4 comments:

Salyana Rusli said...

masih ada yg ingin berteman dgn mu sayang. don't worry okay. keinsafan itu sesuatu yg sangat bernilai yg pernah hadir dlm diri setiap manusia. kerana sekiranya kamu mengalirkan air mata ketika insaf mu itu, terhapuslah segala dosa2 mu. InsyaAllah, syurga lah tempatmu.

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

terima kasih yana. aku sayang kau! :)

Salyana Rusli said...

aku sayang kau jugak. :)

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@yana ; sayang kembali! heee~