Friday, August 5, 2011

Semua Impian menjadi Kenyataan!


Suami keluar bersama rakan-rakannya. Aku? Aku hanya di rumah. Aku hanya membiarkan suami keluar. Kenapa? Tidak sayangkah aku padanya? Tidak, bukan begitu. Semua manusia harus berkawan. Aku tidak mahu menjadi penghalang kepada persahabatan mereka. Aku hanya tersenyum tika suami melangkah kakinya tadi.

Bila seorang diri begini, aku rasa inilah masanya untuk aku memanjakan diri. Sudah begitu lama aku tidak merasa sunyi begini. Kesunyian yang begitu menenangkan. Bukan bermaksud aku membenci hidup berpasangan, Cuma kadang-kadang manusia memerlukan masa untuk diri sendiri. Bila berseorangan begini, macam-macam yang aku boleh lakukan. Mungkin mandi lulur. Sudah lama aku tidak berlulur. Aku lakukan semua demi suami yang tercinta. Sebagai seorang isteri aku harus menjaga diri, kesihatan dan penampilan. Agar suami bahagia disamping aku.

Bila suami keluar dengan rakannya, aku teringat pada sahabat aku. Mungkin sudah besar anaknya. Ingin sekali aku berjumpa. Namun, kekangan masa yang menghalang aku dan dia untuk ketemu. Teringin sekali aku kembali kepada masa lalu, dimana aku dan dia masih bersekolah. Aku bahagia bersama dia. Pergaduhan yang berlaku semasa di zaman persekolahan mematangkan kami. Kadang-kadang aku tergelak sendiri bila mengenang kisah dahulu.

Kini aku bahagia. Pada usia 25 tahun, aku merasakan dunia aku cukup lengkap. Aku sudah mempunyai suami yang penyayang. Aku juga kini sudah bergelar Pensyarah di sebuah IPTA di negara. Jika dahulu perniagaan suami berada di awang-awangan, kini semua sudah pulih. Perniagaannya makin membesar dan stabil. Walaupun, kami belum dikurniakan cahaya mata, aku tetap bersyukur dengan semua kurniaanNya. Alhamdulillah. Aku dan suami masih menanti rahmat itu. Insya Allah.

Menulis kini menjadi kegemaranku. Walau masa selalu menghalang, tapi aku mencuba untuk menulis bagi kepuasan diri. Meski dahulu aku juga pernah bercita-cita sebagai penulis novel. Walaupun pelbagai dugaan yang kami tempuhi sepanjang bersama, aku tetap bahagia. Berada di sampingya yang aku sayang sudah cukup untuk membuatkan aku bahagia. Semoga kebahagiaan ini berpanjangan.

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

Sila jangan betulkan siaran anda. Semua yang diatas adalah angan dan impian yang aku ingin capai di masa akan datang. Fantasi bukan perkara yang buruk kan? Kerana dengan fantasi, kita boleh mempelajari sesuatu. Kita belajar untuk lebih maju di masa akan datang. Semoga impian aku menjadi kenyataan. Insya Allah. We've Still Got Time. J


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

3 comments:

♥ Cik Nur Elyana ♥ said...

hehe.wah.nice... :) bestnya kalo cam tue.

p/s : yana baru ja nk tya,amik master berapa tahun ea? ngeh.. pnsyarah kena ada mster kan?

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

@Cik Nur Elyana : min 1tahun, max 3tahun.

EjAt_mU89 said...

jln2,,