Di sini...
Izinkan aku hilangkan
Inci-inci luka yang berbalar
Penjuru hati yang aku cakar
Kesabaran dikau yang pernah aku bakar
Walau ada ketikanya kau rasa tercabar
Kerana itu akur dengan apa yang diberikan
Bukankah itu lebih wajar
Pernah seketika...
Ku tidak nafikan adakalanya caramu
Begitu mengelirukan
Gagal membaca kau punya pendirian
Apatah lagi perwatakan yang dikau sembunyikan
Tetapi aku faham
Tiada insan sempurna di dunia
Jadi ku akur
Bila diriku di beri hukuman
Itu tandanya satu pengajaran
Bagi kekhilafan yang aku lakukan
Di akhir ini...
Tika aku melangkah pergi
Terasa kejahilan lalu menikam
Tusukannya begitu mendalam
Namun...
Tiada sekelumit benci di hati ini
Sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengerti
Dan kenangan yang tersemat di sanubari
Yang sentiasa terus abadi



No comments:
Post a Comment