Sunday, October 9, 2011

Buat Kakak Bunga yang Montel!

Sedang aku menjalani minggu yang sangat menduga kesabaran aku, akhirnya aku didatangi dengan bungkusan yang membawa seribu kebahagiaan! Wahh~ Ada bungkusan dari dia yang jauh di selatan sana. Sesungguhnya ALLAH maha penyayang! DIA ambil kesenangan dan DIA gantikan dengan kebahagiaan! Alhamdulillah..


Bungkusan 'masih dara' lagi.
Tak sabar nak buka! HAHA


Serius! Tulisan tu cantik.


Jeng..jeng..jeng..
Setelah di robek bajunya..huu

Nak tengok aku dapat apa?
=
=
=
=
==
=
=
=
==
=
=


Shawl oke! PINK gitu. *sila jeles!

DAN..


Bebear! Sumpah comel. Muka teddy ni innocent jewk.
Macam aku! *keji kan perangai.


Kakak, terima kasih. Walaupun memang ini hadiah saya, tapi kan, rasa bangga taw! Weehhh, CIK PUAN BUNGA anta barang kat aku! HAHA. Sorry lah, bukan taknak jumpa. Akak lawa sangat! Saya jadi segan nak jumpa. Saya tak lawa mana pun. Hee~ Sayang akak lah! Apa kata hantar mee bandung pulak ke KEDAH. Mesti akan lagi cantik akak. Muahaha.

Thanks akak!

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Friday, October 7, 2011

IKBN Peretak! We Miss You! part 2.

Hai peeps! Masih ingat akan entri INI? Aku dah janji akan ada Part 2. Yeahh~ This is the time. 1990 Productions Present, IKBN PERETAK! We Miss You, Part 2! Haha. Baik, sila abaikan aku. Betapa rindunya aku akan kursus ini, akan program ini. Aku rindukan saat bersama rakan-rakan. Really miss it! Meh tengok gambar ni sat..

Perasan tak yang kat tengah-tengah tu? Itulah pengajar kami di sesi pertama.
Nama beliau Puan Rosmalinda. She's nice! Cantik pulak tu.


See? I buat facial oke! Tak boleh senyum time nie, takut muka kedut.
Pakai masker tu.


Perkenalkan inilah runner kami masa sesi rawatan muka ini.
Dari kiri, Izzah, Kak Hana dan Adik Siti.
Aku suka panggil SitiNurHaliza dan semua orang ikut panggil, sibuk jewk! haha


Okay, ini muka selepas rawatan. Tanpa Mekap.
Natural beauty neh!


Ini, yang ini. Mereka ini. Tersangat-sangat best! Sumpah!
Terima kasih sebab jadi kawan aku. *sedih


Ini aku dengan Pengarah. Dalam bas nak balik dari DANAU KOTA.
Aku saja buat macam ni pada gambar.
Baru adil. Sama putih kann zaid~ HAHA


Selepas sesi kedua rawatan muka dan mekap yang dikelola oleh Puan Shazila.
Serius bengkel nie best!!


Ini adalah barisan Pelatih yang pantang nampak kamera!
Cehh,

=========================

Dewi,
Terima kasih sebab jadi rumate yang paling best!
Walaupun hanya 3 hari 2 malam,
memori kita bersama tak akan sesekali saya lupakan.

Ros,
Seronok bila dengar ros cerita pasal 9 bulan.
Sejuk hati dengar! Terima kasih sebab bangun
dari tidur dan menyampuk, bila dengar kami berbual.

Sarah,
Terima kasih kerana jadi partner dalam bengkel.
Seronok bila sarah buat facial. Lena saya tidur!
Siap dengar lagu kat BB tuu. Thanks!

Amy.
Terima kasih ambil gambar yang cantik!
Memenuhi ruang dengan betul.
*SPACE oke!

Kak Ika,
Terima kasih bagi saya kismis bila saya tengah kebulur.
Terima kasih tegur saya bila saya 'tak normal'
Terima kasih sebab taknak terima 20sen saya.
Terima kasih sebab jadi kawan sayee (:

Vee,
Terima kasih atas segalanya.
Kita kenal kejap je kott.
Tapi,
macam-macam dah ang kongsi dengan aku.
Mungkin tak semua. Best kawan dengan ang!
Siyes sedih nie aku taip. HAHA :p

=================
Dear Friends,

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

================

Awak semua, terima kasih sekali lagi sebab sudi sangat-sangat layan otak gila saya. Layan kerenah saya. Terharu saya dapat kenal dengan awak semua! Nanti kalau nak kahwin jemput ae? Ehh. Sayang semua lah~!! Majulah Fotografi B untuk negara.


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Thursday, October 6, 2011

Kucing dan Durian.


Mungkin ramai yang pelik. Kucing dan Durian? Apa kaitannya? Ada. Nak tahu? Semua yang menggemari haiwan berbulu ini pasti tidak hairan jika aku katakan ada sebahagian daripada 'golongan' ini yang gemar akan buah-buahan. Kann~





Tapi, apa kaitannya dengan DURIAN?

















ADA!





Kucing cikgu aku makan DURIAN! Hal ini diketahui ramai masa aku beraya rumah dia. Tak percaya? Mehh tengok!








Lebih 10 ulas juga lah kucing nie makan. Aku lupa pulak apa nama kucing nie. Hebat tak hebat? Ingat orang je ke makan durian?




p/s : ok, dah rindu rumah~

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Kucing Pakai Baju Haiwan

Anda penggemar haiwan berbulu? HAHA. Ini ada seekor haiwan berbulu yang sangat sangat sanggaaattt comel! Kucing lah! Mereka sangat comel bila pakai baju haiwan lain. Meh tengok..
Tikus Vs Kucing


Itik Vs Kucing


Ayam Vs Kucing


Rama-rama Vs Kucing





Katak Vs Kucing


Sumpah comel!! Geram je kan. Lagi cerita tentang ini, jom klik SINI.

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Tuesday, October 4, 2011

IKBN Peretak! We Miss You! part 1.

IKBN Peretak. Yeahh~!! Here I come. Macam-macam berlaku. Tahu? Ada yang best, ada yang takbest! Tapi, ada aku peduli yang takbest? Haruslah TAKKK! Baik, sila tampar saya jika mahu. Ada 4 kursus yang di beri. Kami hanya diberi peluang memilih SATU daripada 4 itu. Oleh itu, dengan rasa bahagia aku memilih Bengkel Terapi Kecantikan. Setiap wanita harus mementingkan kecantikan mereka. aww~

Di sini ada beberapa gambar yang menunjukkan aku CANTIK. yeaahhh. ==''

Baru sampai. Perasan tak betapa fakenya muka aku tuu! ==''


Ya! We are the Gorgeous!


After The Make up session! Damn, I'm the Ugly one. haha.

This is what I called a FRIENDSHIP.

Aku akan kembali semula dalam PART 2.. Tungguuu...

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Aku Kembali.


Hebatnya ciptaan Allah, Hati yang kecil boleh menampung pelbagai rasa. Otak yang kecil boleh berfikir pelbagai perkara.

Wahai sahabat, wahai rakan. Betapa sakitnya hati aku. Remuk berkecai. Andai dapat di umpamakan, ibarat cermin yang sudah retak seribu. Semakin banyak retak, semakin banyak pertanyaan yang terungkap. Maafkan aku andai sudah lama tidak bermanja di blog ini. Bukan alasan untuk melepaskan diri, tetapi aku sudah letih dengan kehidupan ini. Mungkinkah ada sinar untukku? Hati ini hanya ingin merasai apa yang sepatutnya.

Tetapi sebaliknya, tiada terlaksana. Dahan yang patah tiada bersambung lagi. Meski ada yang mengatakan Patah Tumbuh Hilang Berganti. Hatiku pasrah! Kasihku bukanlah beribu. Setiaku hanya satu.






Ceeewwaaahhhh~!! Amacam? Best tak aku bermadah? Meski hal itu memang benar, kenapa aku harus bermuram durja? Hidup hanya sementara bukan? Jadi, hadapi dengan kegembiraan!
Alhamdulillah. Sepanjang sebulan aku kembali ke tapak perjuangan, aku telah memperoleh pelbagai khazanah dunia. Pelbagai ragam, bermacam rasa. Terima kasih kepada yang membenarkan aku merasai semua rasa itu.

Aku sebenarnya baru sahaja pulang dari IKBN Peretak. Aku ke sana untuk menjalani pembedahan muka! Ehh. tak! Tak! Aku ke sana dengan satu tujuan, satu harapan! Aku ke sana untuk mempelajari kemahiran yang aku rasa sangat bernilai untuk masa depan. Nak tahu ke kemahiran apa? Tunggu entri selepas ini. Insya Allah, akan aku rungkaikan semuanya.

Tungguuuuu....

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)