Tuesday, October 4, 2011

Aku Kembali.


Hebatnya ciptaan Allah, Hati yang kecil boleh menampung pelbagai rasa. Otak yang kecil boleh berfikir pelbagai perkara.

Wahai sahabat, wahai rakan. Betapa sakitnya hati aku. Remuk berkecai. Andai dapat di umpamakan, ibarat cermin yang sudah retak seribu. Semakin banyak retak, semakin banyak pertanyaan yang terungkap. Maafkan aku andai sudah lama tidak bermanja di blog ini. Bukan alasan untuk melepaskan diri, tetapi aku sudah letih dengan kehidupan ini. Mungkinkah ada sinar untukku? Hati ini hanya ingin merasai apa yang sepatutnya.

Tetapi sebaliknya, tiada terlaksana. Dahan yang patah tiada bersambung lagi. Meski ada yang mengatakan Patah Tumbuh Hilang Berganti. Hatiku pasrah! Kasihku bukanlah beribu. Setiaku hanya satu.






Ceeewwaaahhhh~!! Amacam? Best tak aku bermadah? Meski hal itu memang benar, kenapa aku harus bermuram durja? Hidup hanya sementara bukan? Jadi, hadapi dengan kegembiraan!
Alhamdulillah. Sepanjang sebulan aku kembali ke tapak perjuangan, aku telah memperoleh pelbagai khazanah dunia. Pelbagai ragam, bermacam rasa. Terima kasih kepada yang membenarkan aku merasai semua rasa itu.

Aku sebenarnya baru sahaja pulang dari IKBN Peretak. Aku ke sana untuk menjalani pembedahan muka! Ehh. tak! Tak! Aku ke sana dengan satu tujuan, satu harapan! Aku ke sana untuk mempelajari kemahiran yang aku rasa sangat bernilai untuk masa depan. Nak tahu ke kemahiran apa? Tunggu entri selepas ini. Insya Allah, akan aku rungkaikan semuanya.

Tungguuuuu....

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: