
Day 24 : Tempat yang paling digemari untuk makan.
Makan. Yea makan. Aku suka makan.
Hidup untuk makan,ehh. Makan untuk hidup.
Makan untuk tenaga!
Jika itu yang anda pegang selama ini anda hebat!
Andalah manusia sempurna di abad ini.
Dah, haruslah aku merepek sebelum memulakan misi dan visi aku ni.
Tempat yang digemari? Haruslah rumah kan.
Makan makanan yang dimasak sendiri, oh! Nikmatnyaaa...
Jimat pun jimat. Tak payah nak melawa bagai nak gila semata-mata nak pergi makan.
Tak payahhh!!
Tapi, dari segi konsep haruslah waktu aku keluar jalan-jalan kan.
Ehem, dulu aku jarang-jarang keluar.
Al-maklum lah aku ni pemalu. yeke?
Memang sangat jarang keluar, hang out dengan kawan jauh sekali.
Tapi, sejak aku masuk U nie, aku kena bergaul dengan orang ramai.
Demi mengukuhkan cara berkomunikasi aku. cehhh..
Kira aku ada perubahan lah dalam pemilihan tempat makan nie.
Dari masa ke semasa you! Jangan tak percaya. Demand gak aku kadang-kadang!
Haruslah wehh, jaga standard! yuckss! Sila unfollow jika menyampah. ==''
=
=
=
=
=
=
1. Kedai Mamak.
Zaman dahulu kala aku suka makan kat mamak.
Lepak minum teh tarik sudah kan.
Tapi selalu keluar dengan keluarga. Makan roti canai wehh.
Memang masyukk! Sejak-sejak masuk UUM aku terus menyampah nak
makan kat kedai mamak. Kalau terpaksa je aku pergi.
Kenapa?
Haruslah UUM kat Kedah kan, Kedah kan kat Utara.
Haruslah semua ala-ala mamak je muka.
Haruslah semua restoran mamak ada nasi kandar lah, roti canai lah.
Sejak start sem 2. Aku berhenti makan kat MAMAK.
Bosan!
2. Kopitiam.
Selepas aku bosan dengan mamak aku cuba makan kat kopitiam.
Yess! Menepati citarasa. Demand tak demand tekak aku.
Yelah, sekali sekala berhabis duit lepak kopitiam best apa.
Tapi makanan tak lah mahal mana. Biasa jewk. Mahal lagi kat mamak!
Seronok lah lepak kopitiam! Rindu nak pergi CKopitiam kat changlun.
Kopi dia awesome! Sedap gilakk.
3. McDonalds.
Siapa taktahu McD? Dia bangang!
Maaf, bahasa kasar. Haruslah aku jakun bila makan kat McD.
Aku tak pernah makan kat sini wehh. Sumpah! tak tipuuu..
First time makan tahun 2009, makan prosperity burger.
Sejak dari itu, aku suka. Dulu aku layan KFC jewk. Bukan tak suka KFC,
tukar selera lah. Makan ayam jewk, nak gak try burger.
Lagi pun kalau aku g KL selalu lepak McD kat the Curve.
En.Ehem nak makan Big Mc. Pastu suruh aku orderkan.
Ingat aku reti ke? Ciss,
Untuk pengetahuan : McD terdekat bagi aku kat Kedah adalah di Alor Setar,
di mana memakan masa SATU jam perjalanan dari UUM.
Sekian.
4. Restoran terkemuka/Hotel.
Haaa, yang ni bukan aku selalu makan yea.
Ini cuma yang aku idamkan. Apa rasa makan kat tempat mahal-mahal macam nie.
Bukan tak pernah kat hotel, tapi masa tu free. Teringin nak yang berbayar.
Nanti berbuka puasa kat hotel lah. Ok jugak kan!
En.Ehem, sila ambil perhatian.
Sebenarnya tak kisah lah kat mana pun. Asal makanan sedap, perut kenyang,
hati gumbira! kan? Aku bukan jenis yang choosy dalam memilih makanan
dan tempat untuk makan.
Asal kebersihan tempat tu terjaga dah cukup bahagia makan kat situ.
Bukan apa, kebersihan kan sebahagian daripada Iman.
Renung-renugkan dan selamat beramal. (:



2 comments:
Ape2 pun mamak gak ramai orang layan kan.. hu3..
http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/
betol2, senang. tak leceh. xperlu nak berpakaian formal sangat.
Post a Comment