
Assalamualaikum.
Hai silent readers! Aku sangat merindui kalian. Hah? Apakah? Haruslah aku rindu, dah lama aku tak menaip. Dah lama aku tak meluahkan sesuatu. Dengan 30 Days Challenge aku yang entah kemana. Hadoii! Haruslah aku mengeluh kan! Maaf lah kalau aku sering menukar corak penulisan. Aku bosan, hanya inginkan perubahan. Manusia akan berubah kan? Cuma tunggu masa saja. Kahwin muda. Satu trend kah? Atau memang dah jodoh? Ada ke trend? Boleh ke isu kahwin ni dijadikan trend? Di dunia barat boleh, takkan di sini tak boleh? Ehem, sokonglah barangan buatan Malaysia oke! No barangan luar. Boleh percaya ke? Haruslah!
Kenapa tiba-tiba keluar isu kahwin nie? Ada pape ke? Tak..tak! saja nak mengeluarkan pendapat sendiri mengenai kahwin muda ni. Aku nak tanya, berapakah umur yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan? Menggalas tanggungjawab sebagai seseorang isteri dan bakal menjadi ibu kelak? Ada ke umur yang tertentu sehingga timbulnya isu kahwin muda ni? Aku selalu mendengar cerita yang baru bila aku balik kampung. Yelah, dari mulut nenek yang aku panggil emak sejak kecil. Emak selalu cakap, orang dulu-dulu kahwin muda. Ada yang kahwin umur 9tahun, 13tahun. Sebab tu emak selalu marah kalau budak-budak sekarang masih tak pandai masak kalau umur mereka dah menjangkau 15tahun. Aku start masak umur 13tahun, nasib baik!
Tapi kan, kalau zaman sekarang umur baru 9tahun dah ada suami, bukan ke keterlaluan? Maaf aku katakan, aku agak kurang berminat dalam kahwin muda. Tapi, masing-masing ada pendapat. Aku cuma meluahkan dari segi pandangan aku. Zaman sekarang berbeza dari dulu. Sangat sangat sangat berbeza! Dulu aktiviti memasak dah jadi rutin mereka hari-hari, sekarang? Budak umur 15tahun, habiskan masa separuh dari hari mereka kat sekolah! Betul tak? 15tahun, PMR pun tak lepas lagi kan. Haruslah mereka bertunggu tangga kat sekolah. Mana yang kelas tambahannya, mana yang study groupnya. Study ke? Haih. Isu ni keluar sebab, aku tengok ramai kawan-kawan aku, bukan aku cakap aku muda, ada yang dah kahwin!
Entri ini bukan berunsur cemburu, tapi aku rasa perlu ke kahwin awal sedangkan perjalanan hidup masih jauh? Masih banyak yang mereka boleh kejar. Mungkin dah jodoh, sapa boleh halang kan? Tak salah kan kalau korang habiskan SPM dulu? Sekurang-kurangnya dapatkanlah sijil tu dulu. Tak siapa tahu apa yang akan berlaku kelak. Maksud aku, kalau tiba-tiba suami tempat kita bergantung hilang keupayaan untuk menyara kita, apa nak buat? Bukan aku mendoakan yang bukan-bukan. Tapi, sekurangnya mereka ada kelayakan untuk bekerja kan? Walaupun hanya kerja kilang, tapi sekurang-kurangnya mereka layak. Memang aka nada yang kata, “alah, takat PMR pun dapat kerja kilang.” Betul! Sangat betul! Tapi, cuba bayangkan kalau dah terlalu ramai yang ada kelayakan SPM,Diploma,Ijazah yang memohon kerja, agak-agak yang ada Cuma PMR tu dapat ke kerja?
Kalau dah ada rezeki kat situ memang takkan kemana lah. Semua orang tidak mahu perkara yang buruk berlaku. Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan! Pada sesiapa yang berkahwin di usia muda, beringatlah. Langit tak selalu cerah. Kita harus selalu berjaga-jaga. Kaya mana pun suami korang tu, simpanan jangan lupa. Untuk anak-anak, untuk pelajaran mereka.
Perkara yang paling menghairankan aku, laki korang kaya sangat ke? Sampai sanggup kahwin muda? Dah ada rumah sebijik, kereta sebijik. Bukan aku materialistik, Cuma aku rasa ini yang penting kot zaman sekarang. Perkara penting yang perlu ada pada seseorang lelaki sebelum berkahwin selain CINTA. Betul tak? Atau keluarga korang jenis keluarga yang senang, boleh support korang punya majlis? Bagi aku, biarlah semua majlis yang bakal aku lakukan dari duit aku. Hasil titik peluh aku bekerja. Aku taknak susahkan keluarga aku. Aku pun taknak susahkan bakal suami aku nanti.
Umur aku dah 20, mungkin hormone aku pun dah matang.ehh, takde kena mengena! Aku akan kahwin juga nanti, insya Allah. Aku harap aku mampu dapat pekerjaan yang elok kelak. Semoga aku dapat mengumpul duit yang banyak untuk majlis perkahwinan aku nanti. Semoga bakal suami aku memahami aku, dapat menerima aku seadanya. Kadang-kadang Allah pertemukan kita dengan orang yang salah agar kita dapat pengalaman melalui perhubungan itu.
Dah banyak kali jumpa orang yang salah, mana lah suami aku ni! Awak, saya kat sini! Datang cari saya yea! Saya sayang awak sorang saja. Awak jadilah teman saya di syurga nanti yea. I love you!!



2 comments:
haha
nak kate cam nie je boleh tak
"andai kite punya niat yang baik dengan hati yang iklas membina sebuah masjid kerana Allah , miskin atau kaya , cerai atau bersama , beranak atau tidak beranak , itu rezeki Allah"
kite yang dibawah ini hanye berhak berdoa , wink !
anis pon tak nak kawin mude ! hehe , sbb tak pndai masak sgt , tak mau laki makan pasir , kehkehkeh
huhuh. boleh saje!
memang itu semua rezeki.
kalau dah DIA kata kahwin awal, maka jadilah! (:
Post a Comment