Sunday, January 29, 2012

Sayang...Kita 'BREAK' yea?

Assalamualaikum..

Hye peeps! Long time no see. Hahaha. Serius berterabur English aku. Takpe! Takpe! =________=''

Dah lama kan aku tak menulis disini. Ya! Tersangat lama. Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi. Hal itu, hal ini. yang begitu, yang begini. Hanya masa belum sampai untuk aku luahkan di blog ini.

Kebiasaan aku menulis di sini hanya apabila aku sudah tiada tempat untuk bercerita. Akan aku nukilkan disini agar menjadi pengajaran aku di waktu akan datang. Hal yang bakal menjadi sejarah hidup aku. Sebagai satu babak dan bahagian dalam hidup aku selama ini.

ingin aku bertanya pada kalian, apa yang akan berlaku jika bf/gf kalian bertanyakan soalan ini, "Sayang...Kita 'BREAK' yea?" Agak-agak apa yang kalian buat yea? Ingin sahaja aku tahu jawapannya.

KENAPA? Saja nak tahu! Tak boleh ke? :) *Tak percaya ke?*


Ya, aku perlu tahu. Kerana aku berada dalam keadaan itu. Keadaan dimana aku perlu memilih antara masa depan dan realiti. Antara gembira dan duka. Antara kehidupan dan kenyataan. Pemilihan yang melibatkan dua hati. Antara aku dan dia...............................................................


Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.







bersambung...

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: