Assalamualaikum.
Tempat meluahkan perasaan.
Mungkin mungkin itu tujuan blog ini dicipta. Entah mengapa aku rasa tersangat
sedih. Bukan sebab nasib diri. Bukan kerana kekhilafan diri. Tapi tentang KAU.
KAU yang membuat aku sedih. Terharu! Sayu! Pilu!
Maaf andai aku ter’OVER’. Ini
adalah aku.
Detik itu. Ketika itu. Waktu itu.
Aku rasa KAU memang hebat! Di kala itu juga aku rasa KAU sempurna! KAU
bertanggungjawab. Aku persetankan semua kata-kata yang ditaburkan orang ramai.
Aku pedulikan semua kata-kata sarkastik dari semua. Aku abaikan!
Tanpa aku sedari, aku mula
sukakan KAU! Aku mula sayang KAU! Terima kasih. Kerana membenarkan perasaan ini
berbuku di hati semula. Setelah aku berputus harap dengan lelaki, KAU datang
memberi sinar semula bahawa semua lelaki adalah berbeza. Memang seperti yang
aku katakan, KAU hebat!
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
Waktu itu, disaat KAU didepan
mata. Aku hanya mampu memandang KAU. Tiada kata yang mampu aku luahkan. Tiada
perihal yang aku bisa ucapkan.
Di saat KAU menjaga aku di saat
aku ketakutan. Di saat KAU cemburu melihat aku bersam yang lain. Di saat KAU
melindungi aku dari segala tohmahan. Di saat KAU menegur atas kesilapan aku,aku
rasa bahagia! Aku rasa tenang! Seolah aku tidak pernah merasa setenang itu. Ketenangan
yang aku ingin kecapi dan rasai selama ini.
Di saat aku mengadu kesakitan,
KAU cuba menenangkan aku. Di saat aku marah, KAU tersenyum dan menghilang
segala kemarahan aku. Sesungguhnya KAU memang hebat! KAU sentiasa ada dengan
aku. Tak kira masa. Sesungguhnya di saat aku menaip nukilan ini, aku sudah
merindui KAU. Biar kau berada di depan mata, aku rindu KAU.
'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Aku bahagia melihat KAU cemburu bila aku berbual dengan
lelaki lain. Aku bahagia bila KAU merenung aku dengan pandangan tajam KAU. Aku bahagia
bila KAU merajuk. Aku bahagia bila melihat gambar kita terpampang di dinding KAU.
Aku bahagia bila KAU sudi bersama aku.
Meski aku bahagia, aku sedar bukan aku yang KAU harapkan.
Bukan aku yang KAU mahukan. Namun, aku tetap gembira dengan KAU.
I wanna love you
if you only knew how much I love you
so why not me
if you only knew how much I love you
so why not me
p/s : Buat KAU,Terima kasih. Aku sayang KAU!




No comments:
Post a Comment