
Hai semua. Sangat lamaaaaa aku tak update blog kan? Yeah. Pastinya aku merindui kalian. Pada sesiapa yang masih meng"stalk" aku dengan gigih, terima kasih aku ucapkan! Merci!
Tiada apa yang aku bisa bahaskan memalam buta ni. Hanya sekadar coretan hati yang lama terbuku. ECEH! HAHA. Biarkan aku dengan fantasi sendiri. Biarkan aku dengan angan ku sendiri. Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku... Okay! Itu cuma bait lagu. Jangan fikir aku ada apa-apa. Aku baik-baik saja.
PERASAAN. Apa yang korang perasan dengan perasaan korang? Apa yang korang rasa? Apa perasaan korang bila tengah sedap-sedap feel lagu jiwang then tiba-tiba keluar lagu raya? Apa perasaan korang bila tengah rushing nak pergi kelas, sibuk nak pasang kerongsang dan tiba-tiba jarum kerongsang tu tercucuk kat jari? Apa perasaan korang bila korang berlari nak ke kelas sebab dah lewat, bila sampai je korang tengok kelas batal / belum start? Apa perasaan korang bila lecture korang kacak sedunia? Apa agak-agak yang korang rasa kan?
Apa aku rasa? Well, as a human being aku banyak rasa. Rasa manis, masam, pahit, masin. HEHE. Dari segi perasaan? Aku rasa sayang, kasih, cinta, marah, geram, merajuk, sedih. Semua yang selayaknya aku rasa. Aku tetap menginginkan rasa disayangi, dicintai. Yes! Aku dapat semua tu dari insan bergelar Ibu, Ayah, Saudara dan Rakan. Aku bersyukur di kurnai mereka sebagai pelengkap hidup.
Kasih dari seorang lelaki bergelar kekasih? Tipu lah kalau aku kata taknak! TIPU! TIPU! Memang aku mahukan. Tetapi, aku dah serik dengan lelaki. Eh. Tak lah. belum ada jodohnya mungkin. Tapi aku ada ushar sorang lecture ni! Haaaa... Pensyarah yang mengajar aku bahasa PERANCIS. Gila kacak dia! HAHA. Sudah! Sudah! Kalau cerita pasal dia mahu aku tak tidur. Cukup lah sampai sini sahaja mukadimah awalan aku untuk tahun 2012 nie. Selamat Malam! Bonne Nuit ^____^
Apa korang rasa kalau tengok gambar ni?
Ingat tak Uyin dan LEMBUnya?
Dah 2 tahun dah si comel ni.
p/s : Aku rindu kampung halaman. T___T




No comments:
Post a Comment