Monday, September 19, 2011

Terima Kasih awak.


Awak,
Maafkan saya.
Saya tak kuat.
Semua mainan awak ni,
semua gurauan awak ni,
terlalu hebat!

Saya tak boleh terima.

Awak,
saya terima semua.
Andai ini kesudahannya.
Saya redha!

Awak,
Saya selalu berharap akan ada keajaiban untuk hal ini.
Selalu berharap ada sinar untuk ini.
Tapi,
Saya masih tak tahu cara,
Saya masih tak tahu punca.
Saya tak dapat naikkan peratusan percaya saya pada awak.

Awak,
Andai awak membaca,
andai awak mengerti hati saya,
katakan pada saya,
kenapa awak buat begini?
Mengapa?
Saya tak faham.

Awak,
saya akui.
Memang dia cantik.
Memang mereka menawan.
tapi,
Kenapa?
Kenapa?

Awak,
apa salah saya.
Awak,
Maafkan saya.
Tiada lagi panggilan hormat dari saya.
Saya berhenti berharap tentang hal ini.
Saya pasrah.
Saya mengakui kekalahan.
Saya terima andai itu pilihan awak,
andai cinta itu sebenarnya bukan milik saya.

Saya terima kekalahan ini,
tanpa dendam.
Saya bergembira dengan kemenangan awak.

Terima kasih sebab sudi bertabah dengan saya.
Terima Kasih.

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Hanya Dia.

Sudah lama rasanya aku tak update blog ni! Sumpah rindu tahap dewa dengan blog nie. Maaf sayang-sayangku. Bukan aku lupakan kalian. Tidak! Tidak! Aku cuma sibuk kebelakangan ini. Bukan apa, baru masuk semester haruslah macam-macam nak kena buat. Urus itu, urus ini. Namun, sebelum aku lebih sibuk dengan kekasih tersayang, En.Assignment, baik aku update seketul dua kan?

Seperti yang sudah sedia maklum, setelah aku bercuti selama 3 bulan, aku kembali ke alam nyata. Sesungguhnya kehidupan di rumah adalah sesuatu yang seronok. Hanya duduk di rumah, bersama keluarga. Menangis bersama, gurau senda bersama. Saat-saat terindah bersama keluarga sememangnya sesuatu yang berharga.

Sebenarnya aku rindu. Rindu dengan semuanya. Namun, hanya satu yang sering membuat hati aku sebak. Merintih kesayuan. Wajah dia yang ku rindu. Hanya dia. Oh, rindunya! Sangat rindu. Dah lama aku tak peluk dia, dah lama aku tak cium dia!

Inilah wajah yang aku rindu, Nurina Balqis.





===========================

Kehadapan Uyin,
Dah lama kakak tak dukung uyin.
Dah lama kakak tak dengar uyin panggil 'tatak..tatak..'
Dah lama kakak tak dengar Uyin sebut 'Abu'
Dah lama uyin tak kejut kakak bangun pagi.
Dah lama kakak tak cium uyin.

Walaupun Uyin belum pandai baca,
Walaupun Uyin masih tak faham apa,
tapi,
Kakak rindu sangat kat Uyin.

Uyin jangan nakal-nakal taw!
Dengar cakap mama.
Sihat-sihat selalu.
Cepat sikit jalan, nanti kakak belikan kasut!
Jangan lupa kakak taw.

Kakak sayang sangat kat Uyin.


Ehem, korang fikir lain ke tadi? Huu~


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Thursday, September 1, 2011

Apa khabar jodohku?


Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin..


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)