Ya Allah,
Beratnya dugaan Mu ini.
Aku pasrah!
Aku redha!
Andai itu takdirnya,
andai itu ketentuan Mu.
Ya Allah,
Kau kuatkanlah pegangan aku.
Kau tabahkanlah hati ku.
Kau teguhkan lah imanku.
Ya Allah,
Sesungguhnya aku tahu,
''Sesiapa yang Kau mahu memperoleh kebaikan akan Kau uji dahulu''
Sesungguhnya aku tahu,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya di sebaliknya.
Sesungguhnya aku juga tahu,
bahawa Sabar itu ajaib!
Aku berusaha,
Aku yakin aku boleh.
Namun, dalam masa yang sama
Syaitan menghasutku.
Dalam masa yang sama,
Aku lemah,
Aku rebah.
Bantulah aku Ya Allah.
Hanya padaMu aku mengadu.
Andai itu takdinya,
Aku TERIMA.
Alhamdulillah..



No comments:
Post a Comment