Assalamualaikum..
Selamat ketemu lagi wahai dunia blog ! Fuhhh ~ Syuhh. Syuhhh.. Penuh sawang laman sesawang ni. HEHE. Habis semua lelabah ada. Haihh. Nampak menipunya. Tujuan utama aku nukilkan perkara ini kerana 'KAMI' dah jauh. Semua ni berkaitan dengan permainan akal dan minda. Ternyata semua apa yang kita buat, kita ucap, kita niat, kita fikir adalah doa. Getaran yang kita lakukan itu seperti mendorong perkara itu benar berlaku.
Oh ! Kenapa tajuk kebiru-biruan? Cukuplah biar aku sahaja yang tahu. HEHE. In sha Allah nanti aku akan kongsikan.
Pernahkah anda mendengar ''Law of Attraction"?
Aku yakin semua ni berlaku dengan adanya kuasa tarikan ini. Allahuakbar ! Sungguh aku tak sangka. Begitu hebat kuasaMu.
sering aku merindu, RINDU pada dirimusering aku teringat, terINGATkan dirimu
Perkongsian ini dimulakan dengan apa yang aku buat pada hari ini. Ya ! Hari ini hari Ahad. Aku kena pergi dua jemputan kahwin saudara ibu. Kira sedara aku juga lah kan. Aku pergi bukan sebab apa, sebab nak survey katering untuk kahwin je. EH ! Jangan salah faham. Sesaja je nak survey. Hikhik. Pagi ni macam biasa ibu akan pergi kerja. Sebab ibu on call. Balik je kerja, ibu kata, ''adik, cepat siap nak pergi jemputan kan?'' Aku pun akur, dan pilih la baju kurung untuk di pakai.
Aku tergerak untuk cuba baju yang sebelum ni aku ketat. Yelah, kata dah turun 16kg. Nak tahu juga. Betul ke penurunan tu? HEHE. Alhamdulillah, aku berjaya cuba semua baju. Walaupun baju masa aku darjah enam ! WOOO ~ Hebat kan? Okay, berbalik kepada cerita aku. Aku berjaya memilih satu baju yang sebelum ni aku pakai ketat. Horror okay sebelum ni ! Setelah 2 jam mencuba dan memilih, aku berani membuat satu keputusan, aku mengambil sepasang kurungan BIRU.
BIRU. Ya, warna itu.
Memang biru adalah warna kegemaran ku. Biru itu menenangkan. Biru itu menawan. Biru itu satu simbolik kepada perpaduan. Aku suka biru. Setelah bersiap, dalam perjalanan ke Senggarang, rumah kenduri pertama yang aku akan tuju, aku buka BB aku, aku terus menekan simbol warna biru (Twitter) dan aku update status yang berbunyi,
Hari Biru. Semua biru. Handbag dgn kasut je tak. Mesti awak kat sana pun pakai warna biru kan? Oh. Dah rindu ! ^__^
Ada juga dia menghantar beberapa pesanan mengenai satu acara yang dia sertai di Wilayah Persekutuan. Waktu itu aku tidak tahu apa-apa sehingga lah aku pulang. Aku rasa mengantuk. Al-maklumlah dah makan nasi kenduri, perut kenyang, mata layu. Aku tahan mata, aku baca surat khabar. Namun tak lama, akhirnya aku tewas. Aku lelapkan mata. Ayah tegur, kaki berlipat, nanti sakit. Aku tukar kedudukan tidur. Tiba-tiba satu bunyi masuk di BB aku. Ternyata dia masih gigih menghantar berita terbaru di event itu. Aku hanya tersenyum dan kembali lelapkan mata. Selepas tiga kali berbunyi, aku hanya biarkan. Sebelum aku lelapkan mata aku hanya terdetik, "kan best kalau dia hantar gambar dia dengan seseorang kat sana, sekurang-kurangnya tak lah gigih nak bertanya dia tengah pakai baju apa."
Pelik bukan, hati aku, fikiran aku hanya membayangkan perkara itu. Ya ! Sewaktu aku update status di akaun Twitter aku, memang aku teringin nak tanya dia pakai baju apa waktu itu. Namun, gila ke hapa? Malu lah aku woi. HEHE. Dan pada waktu itu. Bunyi terakhir yang datang..... Aku membuka pesanan itu. Subhanallah ! Allahuakbar ! Ternyata dia menghantar sekeping gambar bersama seorang yang LUAR BIASA dan dia memakai baju BIRU !!
Saat itu, detik itu, ketika itu. Jantung aku seolah terhenti. Tersentak bila dia benar-benar lakukan itu. Aku hanya membayangkan, aku hanya letak itu dalam fikiran. Pada waktu itu, aku terfikir sejenak, mungkin ALLAH tidak mahu aku berputus harap. DIA tahu mana yang baik untuk aku. DIA mahu aku terus berusaha merubah diri demi masa depan diri sendiri atau bersama dia. Allah maha mengetahui. Allah maha penyayang. Terima kasih Allah kerana kau telah memberi aku sinar dikala aku kelam mencari cahaya. Syukur padamu Allah. JanjiMu pasti. Aku yakin akan kekuasaanMu.
Mungkin bagi kalian, HANYA kebetulan pakai baju sama sahaja, perkara biasa. Namun bagi aku, ini adalah satu perkara yang LUAR BIASA. Kalau sebelum ini aku kerap berjumpa, jadi aku dah hafal pakaian yang dia ada. Namun, kini kami berjauhan, jarang berhubung, mana mungkin aku tahu apa yang dia mahu pakai. Ternyata hati dan akal tidak pernah menipu. Ternyata 'bluetooth' yang kami ON tidak pernah disconnect.
Sayang, biarlah seruan itu dibuat andai itu yang menyatukan.
Sayang, biarlah akal kita serupa andai itu yang terbaik.
Aku sudah jujur pada diri. Ternyata aku suka dia. Suka dia. Suka pada dia. Sangat suka. Aku hanya biarkan perkara ini berlaku. Biar Allah yang tentukan. Cukuplah aku sekadar melakonkan drama ini. Ya Allah, sesungguhnya aku RINDU. Terima kasih Allah, kerana membenarkan aku merasai rindu ini semula. Semoga indah pengakhiran antara aku dan dia. In sha Allah.
p/s : I do Miss you. So much !




No comments:
Post a Comment