Tuesday, December 27, 2011

Patah Hati~

Assalamualaikum.

Hai peeps! Dah sangat lama aku tak menulis di sini. Sangat lama! Mungkin disebabkan tugasan yang diberi pensyarah terlalu banyak. Ya! Itulah alasan lapuk yang diberi oleh blogger muda. (Dah memang betul! Lapuk apanya.)

Sepanjang minggu ini, aku dan diriku, kami bersama-sama mengharungi hari yang mendatang.


STUDY WEEK! Ya. UUM takde study week. Dan kuliah aku masih berlangsung seperti biasa. Aku sebenarnya rindu. Rindu pada mereka. Ibu, ayah, adik, semua! Semua yang aku tinggalkan. Rakan sebilik ku telah pulang ke kampung halaman. Al-maklum lah, duduk di Kedah juga. Dekat. Aku di tinggalkan sendiri.

Bila aku sendiri, macam-macam dugaan yang aku hadapi. Bila keseorangan aku mula memikirkan tentang diri dan masa depan. Aku mula mengingat kembali kekecewaan aku yang lalu. Namun aku harus bertahan. Meski tiap-tiap malam aku menangis, menangisi keadaan diri yang hina, mungkinkah aku harus berubah?


Dan,



Apa yang aku rasa sesuai ialah, lagu ini PATAH SERIBU by SHYLLA AMZAH. Di ibaratkan aku sedang kehilangan sesuatu. Aku sepertinya kehilangan diri aku sendiri. Aku butuhkan cahaya agar aku dapat menyuluh jalan yang benar.


Insya Allah, aku akan berusaha mencari sinar itu.






p/s : Perjuangan yang sebenar makin tiba. Doakan aku berjaya!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Friday, December 16, 2011

Ini yang saya buat Jika BOSAN. ^_^

Assalamualaikum... Wahai ahli kubur!


Eh. Jangan marah. Selamat kembali menatap nukilan, coretan cerita Cahaya Pelangie. Aku. Ya, aku. Aku yang tak pernah letih berfikir. Berfikir mengenai dunia. Tentang hidup. Masa depan. Segalanya. Namun, aku juga merasa bosan. Bosan dengan kesibukan. Material duniawi yang sering melalaikan.

dan kerana itu....



Aku pun meneruskan kebosanan aku dengan satu aktiviti,



aktiviti yang agak biasa dilakukan sebagai seorang perempuan.




Make-up!


Yes! It is. Aku dan roomate tersayang. Bergaya sakan di bilik. Hanya di bilik. Mahu lihat hasilnya? Malu~ Yang amat. Harap terhibur melihatmwajah ciptaan Tuhan yang indah. Alhamdulillah.

Sesi Pertama - Pre-Engagement kononnya~










HAHAHA. aku akhiri kebosanan entry ini dengan ucapan terima kasih. Sebab korang dah bosan tengok entri yang bosan ini. Sayang korang lah! ily <3
Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Tuesday, December 6, 2011

Segala Puji Untuk mu Tuhan!


Ya Allah,

Beratnya dugaan Mu ini.

Aku pasrah!

Aku redha!

Andai itu takdirnya,
andai itu ketentuan Mu.

Ya Allah,
Kau kuatkanlah pegangan aku.
Kau tabahkanlah hati ku.
Kau teguhkan lah imanku.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku tahu,
''Sesiapa yang Kau mahu memperoleh kebaikan akan Kau uji dahulu''

Sesungguhnya aku tahu,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya di sebaliknya.

Sesungguhnya aku juga tahu,
bahawa Sabar itu ajaib!

Aku berusaha,
Aku yakin aku boleh.

Namun, dalam masa yang sama
Syaitan menghasutku.
Dalam masa yang sama,

Aku lemah,
Aku rebah.

Bantulah aku Ya Allah.
Hanya padaMu aku mengadu.

Andai itu takdinya,

Aku TERIMA.

Alhamdulillah..

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)