Tuesday, January 18, 2011

Bila Hangin sudah masuk satu badannn~~!! =.=''


Hidup nie kadang kala membosankan. Memang tue yang aku rasa. Tapi, kadang2 jela. Betul kn apa yang aku cakap? Manusia memang tak boleh lari dari semua tu. Sempurna mana pun hidup korang, korang tetapa kan rasa bosan. Oleh itu korang pun akan mencuba perkara yang baru. Macam2 la korang akan cuba. Merokok la, mencuri la, merempit la. Hai manusia! Kenapa la ko wat camtue? Tak ada otak ka nk pikiaq?? Bak kata Nabil, “Lu pikir la sendiri!!” Tapi apa yang aku nak coret dan bebel kan kat sini tak kena mengena pun dengan yang hidup atau yang mati.

CINTA. Apa itu CINTA?? Korang tahu ke? Adakah cinta itu sejenis makanan? Minuman? Atau hanya perhiasan yang boleh di beli dengan wang ringgit? Bagi aku cinta adalah perasaan yang suci dan tulus. Kadang2 tak ramai orang tau apa itu cinta. Tapi boleh plak kata yang dia da jatuh cinta. Apa benda la tue. Bagi aku gak cinta adalah meluas. Cinta kepada ibu bapa, cinta kepada datuk nenek dan cinta kepada kekasih. Bercakap tentang cinta kepada kekasih, sebagai pasangan apa yang korang smua nak kan? Boleh share tak? Apa yang lelaki nak dari orang pmpuan? Dan apa yang pmpuan nak dari sorang insan yang bernama lelaki?
Di sini, aku nak berkongsi sikit la. Berdasarkan kajian yang kawan2 aku buat, kebanyakkan kaum hawa memilih lelaki yang ada rupa(handsome) sebagai kekasih dorang(hello! Aku tak mcm tue keyh..) Emm. Kenapa ek? Bleh aku tahu? Apa yang korang rasa kalau pakwe korang tu sorang yang ‘handsome’? Rasa bangga ae? Tapi, korang tak takut kew? Pakwe korang jadi perhatian orang ramai? Oh, memang tue yang korang nak ke? Hahahaha. Pape jela. Pernah korang fikir, apa ada pada rupa kalau hati hitam? Pernah pk tak? Alah, lantak la. Yang penting balak aku hensem. Mesti tue yang korang akan cakap kn? Sebenarnya apa yang korang nak dalam sesuatu perhubungan percintaan tue? Bukankah korang nak pengakhiran yang bahagia? Tapi, kalau kekasih korang tue hensem tapi hati tak se’hensem’ muka pun tak guna. Yelah, lelaki yang macam tue korang nak jadikan suami? Hmmm..

Lagi satu. Kenapa perempuan nie suka demand macam2 kat lelaki? Tak malu ke? Duit laki tu bukan harta korang. Mintak baju la, duit la, topup handphone da mesti. Tak maen topup rm5. paling tidak rm10 ke atas. Lelaki tue mesti ada keta,ada harta. Huh, macam2 lagi la yang korang mintak. Kenapa mesti mcm tue? Pelik2. Tapi, kalau dah lelaki tu ikhlas nak belikan or bagi duit tu pada korang tue da lain citer. Bagi aku, rupa paras, harta benda tu semua tak penting. Apa yang penting HATI. Tapi ada yang kata tanpa harta pun tak boleh hidup. Betul, memang ada kebenarannya apa yang korang cakap tue. Tapi, harta boleh di cari kan? Sebanyak mana pun harta tetap tak boleh di bawa mati kan? Jangan plak korang jadi Qarun yang tertimbus dengan harta2nya sebab tamak dengan rezeki yang Allah da beri padanya. Berbalik pada apa yang aku cakap tadi, hati adalah paling penting dalam memastikan perhubungan itu kekal. Tapi, kalau memang da rezeki korang dapat kekasih yang handsome, berharta dan ada hati ynag baik, Alhamdulillah. Jagalah hati pasangan korang tue baik2.

Pada sesiapa yang terasa tue, aku mintak maaf la. Bukan tujuan aku nak sakitkan hati korang. Aku pun bukannya nak menyalahkan permpuan ataupn membela lelaki. Sebab aku pun perempuan gak. Nie cuma apa yang aku dapat lihat dan berdasarkan pengalaman kawan2 aku yang di ceritakan pada aku. Aku nak minta tolong sikit la. Pada kaum ADAM, boleh tak korang beritahu aku apa yang korang nak pada seorang perempuan? Kalau boleh anta2 la komen2 korang ae. Aku cuma nak tahu jewk. Adakah korang nak yang cantik? Baik? Sempurna? Kalau nk yang cantik, semua cantik bro. kalau yang baik plak semua baik.(agaknye la..) Kalau nak yang sempurna, tak manusia yang sempurna. So, beritahu la aku. Agar aku tidak terus menyalahkan kaum korang sebab dah wat aku kecewa(sakit dowh!!)

Akhir kata, Lu Pikir la Sendiri!!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

No comments: