basmallah.
ohh~!!! yeeaaahhhhh...dgn gedixnyer I mulakan entry nie.*awww* Baik2! ibu kata buat keja kena serius! hee~''baik ibu!'' (cross finger) Ok2."Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"eh. apakah?Pernah ke aku buat tajuk entry se'skema' ini? Hahahha. *kak bunga jgn marah!* ^^ Sebenarnya ini adalah pertandingan! (eh2, contest ke nie?) YUP!
dengan seriusnya aku menaip INI BETUL-BETUL BUKAN COBAAN! Okeh, sila bayangkan muka tengah serius! Dah2, tak payah bygkan. muka korg yg huduh aku tgk.hehehe.
====================
· Kerana “cantik”, sering timbul pergaduhan sesama manusia yang berebut cinta
· Kerana “cantik”, ada manusia yang terkorban dan mengorban diri serta memendam perasaan
· Kerana “cantik” jugalah, perasaan dengki dan khianat atas rasa ketidakpuasan bersemi dihati
· Kerana “cantik” jugalah, menuntut dan menguji manusia untuk berlaku lebih setia
· Kerana “cantik” jugalah, manusia terpaksa melawan kesepian
Haisshhh..
Kalau sy ckp "Kak Bunga cantiklah!" apa akak rasa? heee~ Dah2, sila jangan perasan. nanti sy suruh mak sy datang inject kang! ;pp
Cantik. apa yea sebenarnya? Aku nak cantik. Aku suka jadi cantik. tapi cantik itu apa? Sejenis makanan kah? Atau restoran?
Cantik. Kalau aku berjalan dan bertanya kepada setiap orang dari rakan-rakan aku, yg pastinya pelbagai pendapat mengenai bagaimana cantik itu akan nampak cantik di mata mereka. Jadi, tafsiran mana yang patur dinobatkan sebagai betul dan tepat? Sukar. Kerana makna perkataan ini adalah subjektif. Jika ditanya satu tambah satu jawapannya berapa, mudah sekali utk memberi jawapan. tapi, bila melibatkan pendapat ia agak sukar utk memberi kata pasti. Kerana itu lumrah manusia, rambut sama hitam hati lain-lain. (eh! rambut I perang la) (:
Bagi aku Cantik, is a word that express something that can touch your heart. (yeke? no komen!)
Mungkin betul, sbb bila ada org puji ko, apa ko rasa? huu~ Serius ko kembang setaman kan? +.+
Cantik tu juga melibatkan perilaku seseorang. kalau perangainya elok, makin cantik lah seseorang itu. kalau muka je cantik, tapi perangai macam sebaik-baik jin pun tak gunakan?
Jadi, gunakanlah kecantikan yang dah diberi sebaik2nya. eh. dah macam khidmat masyarakat plak. (: Senang kata, cantik luar cantik dlm. (kacak luar,kacak dlm,kacak dgr sini!) Memandangkan aku dah sibuk cakap pasal cantik, aku nak kongsi satu cerita benar. Eh! Dah macam cerita Kisah Benar pulak! Lantaklah. Ada seorang Wanita nie. Beliau tersangat sangat sangat sangat sangatlah cantik! (waahhhhh.kalah miss World) Beliau adalah..jeng jeng jeng...

Bonda Tercinta. Baik2! sila abaikan wanita disebelah kanan. Berikan fokus pada yg sebelah kiri saje. (=.='')
IBU. Terlalu banyak pengorbanan yang dia buat dan aku rasa dialah insan yang paling cantik pernah aku jumpa. Berbadan Besar? OK. she is. Tapi, dia kurus dimata aku. Dia rendah? tapi budi pekerti dia tinggi. Muka berjeragat? Mungkin hanya dimata dunia. Hitam? Takkk...takkk! Dia tersangatlah putih kalau nak banding dengan ayah. (ampun ayah!) Kenapa aku cakap dia cantik? Sebab dia best. MyMom MyHERO! Masa aku sedih, dia yang ketuk bilik pujuk. Bila aku nak sesuatu dia akan berusaha utk dapatkan. Bila aku kat U,dia akan telefon 3kali sehari utk tanya aku makan apa. Ibu selalu cakap kat aku, "ibu tak boleh makan kalau ibu tak tahu anak ibu dah makan ke belum". Mungkin Ibu bukanlah cantik pada fizikal, tapi Ibu cantik dalaman.
Aku bangga ada Ibu se'AWESOME' dia. Walaupun aku tak menang GA nie, aku tak kisah. sebab tafsir cantik bagi aku hanya ibu. Kalau itu dikata cantik, maka cantik la jadinya bagi aku.
Ibu,
mungkin susah nak jaga anak ibu yg sorang nie
mungkin susah nak lembutkan kepala anak ibu yg dah keras nie
tp,
sy bangga jadi anak ibu.
sy sayang ibu.
terima kasih ibu utk segalanya.
Nasihat aku, kejarlah kecantikan pada pandangan mata Allah. Kerana ia tidak bersifat subjektif. Ia jelas dan nyata. Tak perlu kos tinggi, mudah, indah dan menenangkan.
+aBes ciTer+
^_^
Thanx to kak Bunga.
===================
Aku sebenarnya saja nak mencuba GA yang di anjurkan oleh Cik Puan Bunga yg ayu, cun dan cantik.*puji lebih, markah lebih ae?* =.=''
simple je contest ini sebenarnya. memandangkan aku pun masih belum naik sem dua jadi apa salahnya kalau aku mencuba nasib kan? manalah tau menang saguhati ke (heh! jd lah). T&C contest nie senang je.semudah makan kacang lah! nak join? Meh tgk. :
- Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
- Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
- Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
- Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
- Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
- Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
- Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini. KLIK SINI
Mudah kan? Jadi, apa tunggu lagi? ((:
Dengan Berbesar hati aku nak tag beberapa blogger kesayangan.
Silalah memeriahkan contest ini yea.



4 comments:
Yeahhhhhh! Thanks for joining in! peserta pertama you! huhu!
waahhhh~
ada award ke utk yg 1st join?
hee~
saje suka2 je kak..
kak dayah ! i tak reti la masuk pertandingan mcm ni. cantik ? sape yg cantik ni ? i bubuh u je kang. heee~
hhahahhahah.
bubuh je i dik..heheh nak gak merasa org kata i cantek!
aww... ^^
Post a Comment