Wednesday, June 1, 2011

Kegatalan Kemiangan Kegedikan Melanda.


basmallah.
Ini ada entry yang bersangkut paut dengan entry gatal aku.
Bukan selalu nak gatal wehh!
Macam biasalah kehidupan aku setelah cuti panjang berjela-jela ni
1. Makan
2. Tido
3. Online *FB, Blogger

Damn!
Damn!
Bertambah lemak aku. cisss*

Bila aku buka FB,
mesti ada gambar orang sanding.
haiii~
seronok kot tengok!
nak gak aku senyum-senyum kt cameraman.
best kan bila semua orang sibuk ambil gambar kita.
dah terasa macam artis plak.
ehem2, raja sehari la katakan.

Aku tengok ada kawan-kawan aku yang sebaya dah ada anak 2 3 orang.
ada yang dah tunang.
ada yang baru je nikah.
waahh!
bahagia je rasa kan.

dah halal,
lantak korang la nak 'buat' apa kan
jeles kuasa dua!

Hahahaha,
apakan daya, belum sampai seru lah!
bersabarlah duhai hati~
tapi kan, kalau aku dah gatal-gatal nie,
tahu ke aku apa peranan nak menjadi seorang isteri?
mampu ke aku?
susah kot nak hidup berkeluarga.
terutama untuk menjadi seorang isteri.
kan kan kan??
ini pandangan aku,
bila aku bersetuju untuk berkeluarga,
aku harus bersedia menjadi isteri,
melayan suami tak kira masa,
masak setiap kali dia nak makan,
sentiasa berada disisi suami dikala susah mahu senang.
Tak kan tak nak anak?
aku juga harus bersedia menjadi seorang ibu
kepada anak-anak kami nanti.
(kami? heee~)

Aku pernah mendengar isteri adalah seorang menteri,
banyak portfolio yang dipegang.

Isteri lah Menteri Pelajaran,
mengajar anak-anak.

Isteri lah Menteri Kesihatan,
kalau anak-anak serta suami sakit, dialah yang sibuk berjaga dimalam hari,
dia jugalah pakar pemakanan,
megetahui semua makanan kegemaran si suami, anak-anak.
dia jugalah Chef yang handal.
perlu memenuhi keinginan si suami dan kerenah anak-anak yang pelbagai.

Isteri lah Menteri Kewangan,
suami hanya memberi sejumlah wang,
namun si isteri yang membahagikannya, mana untuk susu anak
mana untuk wang belanja dapur, mana untuk pelajaran anak-anak.

Isteri jugalah yang menjadi Menteri Pengangkutan,
Menteri Pembangunan.
si isteri lah yang bakal membawa anak-anak ke sekolah,
memberi semangat pada anak-anak untuk terus berjaya.

Terlalu besar tanggungjawab sebagai seorang isteri,
si isteri perlu menjaga dua orang ibu, dua orang ayah.
pening weh pening!

yang pastinya seorang isteri adalah seorang yang sabar, tabah!
seolah semua beban dan masalah berada dibahu si isteri.
kerana itulah Allah memandang tinggi martabat seorang wanita.
setiap yang dilakukan mendapat pahala.
alhamdulillah,
aku lahir sebagai seorang wanita.
semoga aku mendapat ketinggian martabat seorang wanita itu.

Namun begitu,
Mampukah aku menjadi seorang isteri yang di idamkan para lelaki?
Mampukah aku menjadi seorang isteri yang sabar dan tabah bila di uji dengan ujianNYA?
Mampukah aku menjadi kuat dikala semua dalam kesusahan?
Pasti akan tiba masanya untuk aku nanti.
Insya Allah.
bila lah yea?


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

2 comments:

wieyda said...

besh !!!,,heheh,,,,same kot dgn angan2 semue pempuan n pikiran pempuan,,,,

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

hehehehehe. hanya perempuan memahami hati perempuan lain. (: