Assalamualaikum.
Macam biasalah kan, kalau semua dah sibuk buat entri baru,
aku pun nak buat gak.
AL-maklum la, kami nie suka follow memollow.
BapaAyahDaddyAbahPapaBaba
Apa saja panggilan yang korang gunakan,
tetap mempunyai maksud yang sama. kan?
tetap menjalankan tugas yang sama. kan?
bagi aku, aku panggil Ayah.
Panggilan biasa yang kebanyakkan orang guna.

Nama ayah Mohamad bin Abdullah.
Lahir pada 5 Mac 1963.
2 tahun lebih MUDA dari Ibu aku.
Kacak! Segak! Macho!
ehem, sebab tu aku cantik.
*haha ==''
Ayah,
mungkin dulu aku rapat dengan ayah.
sekarang pun kot.
Ayah,
apa yang aku boleh cakap yea tentang dia.
Dia rajin.
Super Duper rajin!
Mungkin banyak perbezaan antara ayah aku dan korang.
Sangat banyak!
tapi, setiap ayah ada pengorbanan
yang dia lakukan untuk anak-anak dia kan?
Begitulah ayah aku.
banyak sangat yang dia buat.
Bila aku nangis,
dia ketuk pintu bilik aku cakap,
"Dah abis nangis belum? Jom keluar."
Bila aku sakit,
Dia telefon ibu aku cakap,
"Anaknya sakit tu."
Bila dia buat air kopi,
dia tuangkan segelas untuk aku.
then, dia cakap
"Nah, nie air adek."
Bila aku order air Teh panas kat kedai,
dia akan kacaukan air aku.
Bila aku dapat masuk UUM,
dia yang risau,
dia kata,
"Jauhnya, susah la nak jenguk adek nanti"
Masa aku kat U,
ibu selalu telefon.
tapi, masa Ibu telefon, ibu mesti cakap
"Ayah yang ingatkan ibu suruh telefon adek."
Masa aku semester 1 kat UUM.
*macam dah lama kan.hee~
Aku minta ibu tanya pada ayah,
"Ayah rindu adek tak?"
Ibu kata ayah jawab "Hmm.."
Aku balas,
"Ayah tak rindu adek la tu"
then, mata air aku mengalir.
Aku nangis bagai nak gila
*saja nak bagi sedap ayat. hee~
Ibu cakap pada ayah,
"Ayah, tengok tu anaknya dah nangis"
T_T
Aku mungkin jarang cakap dengan ayah.
tapi aku tahu hati ayah.
Aku mungkin jarang berkongsi kisah hidup dengan ayah.
tapi aku tahu dia selalu risaukan aku.
Aku mungkin rapat dengan ibu,
tapi aku sensitif dengan perkataan 'Ayah'.
Aku boleh menangis hanya dengan fikir tentang ayah.
*macam sekarang.
Damn!
Dikala semua lelaki yang datang mengecewakan aku,
Ayah datang gembirakan aku.
Di saat semua lelaki pergi tinggalkan aku,
Ayah datang dekat aku.
Disaat semua lelaki buat aku menangis,
Ayah datang buat aku ketawa.
Di waktu semua lelaki mengutuk aku,
Ayah datang memuji aku.
Di kala aku membenci semua lelaki,
Ayah datang.
Dan ketika itu aku tahu bahawa,
tidak semua lelaki sama.
Tidak semua lelaki jahat.
Ayah seorang lelaki yang penyayang.
Ayah satu-satunya lelaki yang setia dengan aku.
Ayah satu-satunya lelaki yang berada disisi aku dikala semua lelaki pergi.
Ayah, adek sayang ayah!
Sayang sangat.
Semoga adek sempat membalas jasa ayah dan ibu.
Everyone can be a father, but it takes a lot to be like YOU.
SELAMAT HARI BAPA, AYAH!
I love You ♥



No comments:
Post a Comment