Wednesday, June 15, 2011

Kenangan Lama mengusik kembali.


Assalamualaikum.
Sila Jawab!

Ehem,
bila kenangan lama mengusik kembali,
apa yang korang akan buat?
Mungkin sukar untuk aku luahkan.
tapi,
perkara itu memang berlaku pada aku.

Yea.
entah kenapa kenangan aku bersama H datang kembali.
kenangan yang tiba-tiba buat aku rindu.
aku rindukan senyuman dia.
aku rindukan suaranya.
wajahnya.
Sehingga kini aku masih ingat.
Sehingga kini.
Walaupun perkara tu sudah 6 tahun berlalu.
6 Tahun!
namun, ingatan itu masih segar dalam ruang fikiranku.

Adakah aku yang bersalah?
PERPISAHAN
siapakah yang bersalah?
aku masih tercari-cari apakah puncanya.
aku masih mencari jawapan diatas semuanya.
kisah bermula pada tahun 2005.
aku masih hingusan pada waktu itu.
masih buta untuk mengetahui erti CINTA dan sayang.
pada 2007,
H hilang dari pandangan aku.
aku sendiri.
harungi semuanya,
waktu terus berjalan,
hanya rindu yang aku dapat bukanlah cintamu.
tanpa kata putus,
aku masih mengharap.
Dan 2008
kau kembali.

semua yang telah berlalu,
kini teringat lagi,
kini terkenang lagi.
ku ingin kembali.
Bisakah aku?
mungkinkah aku?

2008,
aku masih ingat lagi,
aku menangis di depan H
ketika aku tahu ayah kemalangan.
aku menangis.
dan menangis.
tanpa sedar, aku kembali menyayangi kau.
memang selama ini aku tak pernah melupakan.
tidak walau sedetik.
hanya kau!
ketika itu.

Namun,
mungkin ingin ditunjukkan kebenaran.
aku tergerak untuk melihat telefon H ketika itu.
aku meminta kebenaran.
dia memberi.
dan
aku ternampak satu pesanan dari seseorang.
aku bertanya.
kau katakan dia hadir ketika aku tiada.
kau menerimanya.
kau katakan kau tidak boleh mungkiri janji.
tapi,
janji kau pada aku?
bisakah yang terpadam di nyala?
walau ku himpunkan sesalkan bisakah terbuka kalbumu untuk ku.

Aku berharap,
Percaya aku semula.
bila senduku berlinang sayu,
dalam rindu ku tertanya,
adakah ini semua salah aku?
di manakah silapnya?

dan pada hari Isnin,
13 Jun 2011
kelibat itu,
susuk tubuh itu,
ketinggian itu,
wajah itu,
senyuman itu,
gaya itu,
yang aku rindu
yang aku rindu
KEMBALI.

aku yakin,
aku pasti.
itu kau!
akhirnya Allah beri aku peluang untuk melihat kau semula.
haruskah aku katakan yang kau adalah cinta Pertama aku?
kerana ada yang mengatakan cinta pertama sukar untuk dilupakan.

berat mata memandang,
berat lagi tanggungan bebanan perasaan.
bagai terasa keresahan dijiwamu,
bagai terdengar suara meruntun kalbu,
tak berharga puja dan puji.

mungkin kau bosan dengan aku,
aku tau kamu jenuh menunggu ku,
aku tahu kau tak tahan dengan perangai ku.
tapi,
dengan setiap syarat yang kau bagi dulu.
kau tak bagi aku keluar malam,
kau suruh aku ikut setiap kata ibu,
kau nak aku belajar betul-betul.
alhamdulillah,
bila sekarang, aku dah dapat hasil dari syarat yang
kau beri yang aku rasa berat waktu itu.
aku berjaya masuk UUM.
meski pada waktu itu aku takut,
meski waktu itu aku keras,
meski waktu itu aku rimas.
kau berjaya membentukku.

namun,
pernahkah kau hargai cintaku yang sejati?
pernahkah kau mengerti tentang diri ku ini?
betapa hebatnya cintamu memberi sejuta pilu,
betapa agungnya asmaramu,
membuat ku terpaku.
nafasku terhenti bila melihat dirimu.

Biarkan aku abadikan dikau,
suatu kenangan manis yang tak mungkin aku lupa selamanya.
Kan ku coretkan kenangan mu dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah dalam hidupku ini.
Kini semua cintamu telah pergi meninggalkan diriku dalam kehampaan.
Sendiri.
Hanya rindu yang aku dapatkan.

Namun,
cintaku kini menjadi milik Dia.
Aku tak percaya,
dia menemani ku di saat kau pergi.
Dia yang menyambut aku ketika aku jatuh.
Dia yang membuat aku lebih bahagia.

H
aku suka kau,
mungkin aku sayang
namun apakah mungkin kau akan menjadi milikku?
kau pernah menjadi miliknya.

Biarlah aku meneruskan hidup aku.
biarlah kau berlalu.

Terima kasih,
dengan pemergian kau dari hidupku,
aku merasa lebih bahagia.
dengan Cinta kau,
aku mengenali cinta baru.
dengan kenangan yang ada,
aku menjadi lebih teguh.
dengan cinta kau,
aku menjadi lebih setia.
dengan kenangan yang ada dengan kau,
aku menjadi lebih tabah.
aku menjadi seoarang yang sabar
dalam menghadapi semua perkara.

Hanya dengan Cinta yang kau tinggalkan.
aku menjadi seorang yang baru.
akan aku sematkan memori kau dalam hati.
tidak mungkin akan hilang.

Aku harap kau dapat merasakan bahagia
seperti mana aku rasakan.
Biarlah kau hanya menjadi sebahagian dari Cerita hidupku.
terima kasih.
kerana memberi warna dalam hidupku.
biarpun hanya sementara.
warna ini yang membuat aku dewasa.

Ketahuilah,
mengenalimu adalah anugerah buatku.
mengenalimu membuat aku bahagia.
meski dulu aku takut,
kini aku lebih bahagia
setelah kau pergi.

Alhamdullah,
kini bila aku memandang wajahmu,
membuat aku tersenyum senang,
Indahnya dunia!
dulu kita mungkin pernah
mengalami perbezaan,
kita lalui.
Ku tak akan berubah.
Inilah aku yang kau bimbing dulu.
aku masih begini.
hanya kerana pelajaran itu,
menjadikan aku tersenyum.
terima kasih sekali lagi.
aku bersyukur.

Mulai hari ini,
aku akan bersama Dia.
aku akan menjaganya seperti pernah kau jaga aku.
aku akan berinya semangat jika Dia jatuh,
aku akan cintakan Dia setiap detik jantungku.

Mulai saat ini,
kehidupanku bermula.
mulai saat ini,
hanya Dia satu-satunya.

Hanya di saat ini,
aku rasa direstui apabila bersamanya.
Kini,
Kaulah sebab aku percayakan cinta semula.
Impian aku bakal tercapai,
hanya kerana kau pergi.
Aku janji akan cintakan dia lebih dari segalanya.
Hanya Dia.

Biar selamanya aku disini.
Insya Allah.

Thanks 4 being a chapter of my life.

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

2 comments:

Adib Syazwan said...

panjangnye!!!!!!!!!

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

hahahahah.
panjang kan?
dah lama tak update kan,
sekali update, ambik!