Monday, September 24, 2012

PERASAAN.



Hai semua. Sangat lamaaaaa aku tak update blog kan? Yeah. Pastinya aku merindui kalian. Pada sesiapa yang masih meng"stalk" aku dengan gigih, terima kasih aku ucapkan! Merci! 

Tiada apa yang aku bisa bahaskan memalam buta ni. Hanya sekadar coretan hati yang lama terbuku. ECEH! HAHA. Biarkan aku dengan fantasi sendiri. Biarkan aku dengan angan ku sendiri. Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku... Okay! Itu cuma bait lagu. Jangan fikir aku ada apa-apa. Aku baik-baik saja. 

PERASAAN. Apa yang korang perasan dengan perasaan korang? Apa yang korang rasa? Apa perasaan korang bila tengah sedap-sedap feel lagu jiwang then tiba-tiba keluar lagu raya? Apa perasaan korang bila tengah rushing nak pergi kelas, sibuk nak pasang kerongsang dan tiba-tiba jarum kerongsang tu tercucuk kat jari? Apa perasaan korang bila korang berlari nak ke kelas sebab dah lewat, bila sampai je korang tengok kelas batal / belum start? Apa perasaan korang bila lecture korang kacak sedunia? Apa agak-agak yang korang rasa kan?

Apa aku rasa? Well, as a human being aku banyak rasa. Rasa manis, masam, pahit, masin. HEHE. Dari segi perasaan? Aku rasa sayang, kasih, cinta, marah, geram, merajuk, sedih. Semua yang selayaknya aku rasa. Aku tetap menginginkan rasa disayangi, dicintai. Yes! Aku dapat semua tu dari insan bergelar Ibu, Ayah, Saudara dan Rakan. Aku bersyukur di kurnai mereka sebagai pelengkap hidup. 

Kasih dari seorang lelaki bergelar kekasih? Tipu lah kalau aku kata taknak! TIPU! TIPU! Memang aku mahukan. Tetapi, aku dah serik dengan lelaki. Eh. Tak lah. belum ada jodohnya mungkin. Tapi aku ada ushar sorang lecture ni! Haaaa... Pensyarah yang mengajar aku bahasa PERANCIS. Gila kacak dia! HAHA. Sudah! Sudah! Kalau cerita pasal dia mahu aku tak tidur. Cukup lah sampai sini sahaja mukadimah awalan aku untuk tahun 2012 nie. Selamat Malam! Bonne Nuit ^____^


Apa korang rasa kalau tengok gambar ni?
Ingat tak Uyin dan LEMBUnya?
Dah 2 tahun dah si comel ni.






p/s : Aku rindu kampung halaman. T___T

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Monday, March 26, 2012

Kau hebat! Kau memang hebat!


Assalamualaikum.

Tempat meluahkan perasaan. Mungkin mungkin itu tujuan blog ini dicipta. Entah mengapa aku rasa tersangat sedih. Bukan sebab nasib diri. Bukan kerana kekhilafan diri. Tapi tentang KAU. KAU yang membuat aku sedih. Terharu! Sayu! Pilu!

Maaf andai aku ter’OVER’. Ini adalah aku.

Detik itu. Ketika itu. Waktu itu. Aku rasa KAU memang hebat! Di kala itu juga aku rasa KAU sempurna! KAU bertanggungjawab. Aku persetankan semua kata-kata yang ditaburkan orang ramai. Aku pedulikan semua kata-kata sarkastik dari semua. Aku abaikan!

Tanpa aku sedari, aku mula sukakan KAU! Aku mula sayang KAU! Terima kasih. Kerana membenarkan perasaan ini berbuku di hati semula. Setelah aku berputus harap dengan lelaki, KAU datang memberi sinar semula bahawa semua lelaki adalah berbeza. Memang seperti yang aku katakan, KAU hebat!

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Waktu itu, disaat KAU didepan mata. Aku hanya mampu memandang KAU. Tiada kata yang mampu aku luahkan. Tiada perihal yang aku bisa ucapkan.

Di saat KAU menjaga aku di saat aku ketakutan. Di saat KAU cemburu melihat aku bersam yang lain. Di saat KAU melindungi aku dari segala tohmahan. Di saat KAU menegur atas kesilapan aku,aku rasa bahagia! Aku rasa tenang! Seolah aku tidak pernah merasa setenang itu. Ketenangan yang aku ingin kecapi dan rasai selama ini.

Di saat aku mengadu kesakitan, KAU cuba menenangkan aku. Di saat aku marah, KAU tersenyum dan menghilang segala kemarahan aku. Sesungguhnya KAU memang hebat! KAU sentiasa ada dengan aku. Tak kira masa. Sesungguhnya di saat aku menaip nukilan ini, aku sudah merindui KAU. Biar kau berada di depan mata, aku rindu KAU.
'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Aku bahagia melihat KAU cemburu bila aku berbual dengan lelaki lain. Aku bahagia bila KAU merenung aku dengan pandangan tajam KAU. Aku bahagia bila KAU merajuk. Aku bahagia bila melihat gambar kita terpampang di dinding KAU. Aku bahagia bila KAU sudi bersama aku.

Meski aku bahagia, aku sedar bukan aku yang KAU harapkan. Bukan aku yang KAU mahukan. Namun, aku tetap gembira dengan KAU.
I wanna love you
if you only knew how much I love you
so why not me



p/s : Buat KAU,Terima kasih. Aku sayang KAU!


Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)

Saturday, February 4, 2012

Hati dan Akal.



Ya! Aku rindu pada wajah itu. Senyuman itu. Pandangan itu. Segalanya yang ada pada dirinya. Masih terasa luka ini walaupun sudah bertahun kisah ini terkubur. Ibaratnya baru semalam aku melihatnya. Ibaratnya aku baru sahaja mendakap kasih itu. Ibaratnya aku baru sahaja menikmati kehangatan cinta itu. Betapa aku rindukannya. Tersangat rindu. Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku sering memikirkannya. Entah apa yang merasukku. Aku buntu. Acapkali aku berdoa agar ditemukan dengannya. Cukuplah hanya sekadar sesaat! Cukuplah hanya sekadar bertanya khabar. Namun, aku buntu. Di mana aku harus mencarinya? Di mana aku harus mulakan? 

Seolah aku masih lagi mendengar kata-katanya. Setiap butir bicaranya yang diberi. Aku sesungguhnya merinduinya. Mungkin apa yang dikatakan cinta pertama sukar dilupakan ada benarnya. Tapi sudah 6 tahun cinta itu terkubur. Mana mungkin yang pergi akan kembali. Selalu sahaja aku bermonolog. Selalu sahaja akal dan hati bertelagah sesama sendiri. Selalu sahaja akal memarahi hati atas kekhilafan diri. Namun, mana mungkin akal dapat mengubat hati yang sakit. Mana mungkin rindu yang dipendam dapat hilang begitu sahaja. Mungkin akal juga salah, kerana membenarkan hati itu terusik dengan cinta. Kesalahan akal yang hanya membiarkan hati terbuai dengan kehangatan kasih sayang. Mungkin akal juga bersalah kerana terlalu yakin dengan keputusan hati. Namun, akal hanya memainkan peranan seperti yang dirasai oleh hati. Dimanakah kesalahan akal jika dibandingkan dengan kesilapan hati? Begitulah hati dan akal. Selalu sahaja mencari kesalahan masing-masing. 

Adakah semua ini berpunca dari hati? Adakah berpunca dari akal? Aku masih buntu. Kenangan lalu mengusik kembali fikiran. Aku hanya mampu membiarkan ia berlegar di ruang fikiran. Mata ini seolah masih terbayang lagi kelibatnya berada di depan rumah. Berada di depan mata. Tersenyum bahagia. Aku juga sering berdoa agar dibenarkan untuk melihat wajahnya. Meski hanya sekejap. Demi menjadi penawar. Aku yakinkan diri, aku akan bertemu dengannya. Mungkin masa yang membezakan. Namun, jiwaku resah apakah kesudahannya, kecewa ataupun bahagia? 

Mengapa semua kenangan ini menerpaku? Sedangkan aku sudah mempunyai Hati Yang Lain. Kenapa hatinya masih padaku? Salahkah aku. Sudah 3 tahun aku bertemu dengan hati baru. Namun semua ini terasa begitu baru. Mungkin baru kini aku bisa berfikir secara matang. Kini, mungkin akal sudah bersedia bersama Hati Yang Lain. Kesakitan akal bersama hati yang lama harus dilupakan. Kehidupan baru bersama Hati Yang Lain perlu dimulakan. Agar keperitan itu tidak berlanjutan. 

Buat Hati Yang Lain, 

Semoga sentiasa tabah dengan dugaan yang datang. 

Semoga sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku. 

Supaya kesilapan lama tidak berulang. 

Hargailah apa yang ada didepan mata. 



Akal, 

Terima kasih kerana membenarkan hati sekali lagi dimiliki. 

Semoga sentiasa bersama seiring membantu hati dalam apa jua keadaan. 

Agar akal terus memberi faedah yang baik kepada hati. 



Insya Allah.

Dah Baca? Terima Kasih Daun Keladi. Nanti Datang lagi :)