
SALYANA RUSLI atau nama sebenarnya Siti Salbiah Rusli.wehh, betul ke aku eja? Bukan Rusly ke? Hehe.. Apa yang harus aku mulakan Yana, seharusnya kau tahu bahawa aku menyayangimu. Hanya kau dihatiku. Ehh, macam cerita cinta pulak! Tak-tak. Macam ni, ada satu entri yang membuat dia kecik hati dengan aku. Merajuk lah konon! Entri Jalan-jalan ni ha! Jijik ah ko, macam tu je nak merajuk! Tapi kan, tak salah. Dah lama aku tak Nampak ko merajuk. Dah lama aku tak Nampak kau excited. Dah lama aku tak Nampak kau ketawa. Wahh! Aku sangat rindukan kau Yana. Sangat-sangat-sangat! Siapa dia? Baiklah, aku ceritakan sedikit macam mana aku kenal Yana.
Cerita bermula…
Perkenalan bermula pada Mei 2008 pada hari pertama orientasi tingkatan enam di SMK Dato’ Seth. Waktu itu aku seorang diri dan cikgu Ainon ketika itu menyuruh aku berkawan dengan Dia (Yana). Aku duduk sebelah Yana sepanjang orientasi. Yeke? Aku pun ingat-ingat lupa. Perkenalan bermula dan diteruskan dengan lancer sehingga aku mengajak dia ke Muar untuk bertemu kawan aku. Yea, terasa bahagia saat itu. Aku bergelak ketawa dengan Yana. Hey, siapa sangka hujan turun di tengah hari. Aku ingat panas je. Aku bergaduh besar dengan Dia. Childish kan! Aku bergaduh atas sebab ada mulut-mulut yang mengutuk Yana depan aku dan mengutuk aku depan Yana.
Waktu itu kami baru sahaja 18 tahun. Masih terlalu muda untuk mengenal erti persahabatan. Hampir berbulan juga aku tak bertegur atas sebab kami saling membenci. Bila masa kami berbaik? Aku sendiri lupa. Yana, tolong ingatkan aku masa bila kita berbaik.
Cuma yang aku ingat kenangan yang kita buat bersama. Waktu kau pertama kali ikut aku balik kampung untuk pergi pasar malam. Kali pertama kau datang rumah aku, kita belajar bersama ketika itu. Mungkin. Persahabatan kami berkembang semakin hari. Naik sahaja tingkatan enam atas, aku mula bawa kereta ke sekolah. Bila balik aku selalu bawa Yana bersama. Rumah kami pun dekat, jadi takde masalah. Setiap kali naik kereta aku selalu diam bila Yana mula berkata-kata. Apa yang aku akan cakap adalah, haha padan muka kereta belakang tak dapat potong! Ayat rutin yang akan aku cakap. Sampai Yana hafal apa yang aku bakal cakap. Banyak kenangan yang aku rindu nak buat bersama Yana. Aku pernah catatkan sebelum ini.
Kakak. Aku panggil dia kakak. Dia lebih tua sebulan dari aku. Walaupun badan dia tak menunjukkan dia macam kakak, tapi aku senang panggil dia macam tu. Kami sebenarnya berkongsi panggilan di rumah yang sama, iaitu Adek! Dia anak bongsu. Yana manja, sangat manja! Dia baik ke? Entahlah, mungkin Dia bukan lah wanita idaman setiap lelaki, tapi sekurangnya dia berusaha ke arah itu kan? Dia pernah masak untuk aku. Sedap! Kot.. hehe.

Aku pun tak percaya Yana ada disamping aku ketika aku menangis. Dia bukan kawan yang hilang bila aku susah dan kembali ketika aku senang. Tak, dia bukan yang macam tu. Aku suka dia, mungkin aku sayang. Aku pun tak sangka, dia akan menjadi sahabat aku! Terlalu banyak pahit manis Yana aku tahu. Begitu juga Yana. Tak semua orang tahu tentang kisah hidup kami. Tapi kami tahu antara satu sama lain.
Yana, di kesempatan ini aku nak beritahu kenapa aku pernah jadi musuh kau! Waktu itu, mulu-mulut yang busuk mengatakan kau adalah seperti rakan-rakan kau yang lain. Seorang yang bebas. Maaf Yana, mungkin aku terlalu percayakan mereka. Aku juga kadang-kadang menyampah bila kau terlalu banyak cakap dan yakin dalam setiap patah perkataan kau. Tapi, bila aku fikir semula. Aku pun tak kurang beza dengan kau. Aku juga begitu. Banyak mulut! Mungkin kau juga ada rasa yang sama seperti aku.
Bila kita dah berbaik, aku menjadi watak sebagai pendengar yang setia. Aku tak nak kita bertekak lagi. Aku penat bergaduh dengan kau. Jika perlu sahaja aku bercakap. Sekarang aku tengok kau pun macam tu kan. Kita dah besar. Bila aku ada masalah, kau akan jadi telinga untuk aku. Aku pun akan jadi telinga untuk kau, Yana. Aku akan jadi bahu untuk kau menangis. Aku akan jadi mulut untuk buat kau terus tersenyum.
Yana, kau pernah nangis depan aku tentang Mr.Got Title dan RAA kan? Aku pedih Yana. Sebab tu kadang-kadang aku buat lawak bila kau serius. Aku tak nak kau sedih. Aku suka kalau kau katawa, gembira. Mungkin aku tak dapat tolong dalam situasi kau, sekurang-kurangnya aku dapat ringankan beban kau. Yana, jangan simpan masalah sendiri ye. Kalau ada pape, beritahu aku. Heii, aku rindu kau! Aku dah lama tak jumpa kau. Sedangkan kita bermalam bersama kat KL 3 hari pun aku rasa tak cukup inikan sehari je untuk beraya nanti?
Aku minta maaf kalau ada salah silap. Aku keluar bukan taknak ajak kau. Kau sendiri jauh. Aku rasa gila Yana duduk sorang kat rumah. Kau sendiri pernah rasa kan. Lain kali kita keluar bersama yea. Tersangat rindu nak jerit dalam panggung yang hanya kita berdua. Entah bila kan? Lepas nie kau dah terbang jauh pergi Sarawak! Aku dah jauh nak pampered kau. Sekarang Ezzah ada kan? Kalau ada pape, kau kongsi lah dengan dia.
Aku Sayang Kau, YANA!



3 comments:
awww~ terharu sy.. aku pun rindu kau. 4tahun usia persahabatan kedengaran mcm x lama n masih x matang. tp rupa2nya dh byk yg kita lalui bersama kan dayah. semoga persahabatan kita ni berkekalan smpai ke mati. klu aku "pergi" dulu aku harap kau x lupa mendoakan kelancaran urusan aku di alam sana n insyaAllah aku pun akan melakukan yg sebaliknya utk kau. hehe, tacing lak tetiba. May Allah bless our friendship. ^^V
and another thing, sorry for the late reply. I just got time to read. :)
hehehhe. insya Allah yana. akan aku pelihara persahabatan kita ini. aku sayang ko! :DD
Post a Comment